Semalam saya masak lah cottage pie untuk makan malam keluarga, diorang puji kemain lagi. Bagi anda semua yang belum ada idea untuk masak untuk makan malam, boleh cuba buat resepi cottage pie ni. Bahan-bahan pun mudah nak dapat. Mana-mana pasaraya ada jual bahan-bahan nak buat nya. Anda boleh ikut resepi yang saya dah sediakan untuk anda semua.

Berikut adalah resepi cottage pie :

Bahan-bahan :

  • Daging cincang
  • Bawang Bombay
  • Bawang Putih
  • Sayuran
  • Celery
  • Thyme
  • Worcestershire sauce
  • Tomat.
  • Kentang
  • Butter
  • Keju Cheddar
  • Susu

 

Cara-cara : 

Untuk daging:

  1. Tumiskan daging, masukkan bawang puith dan bawang bombay yang sudah dicincang halus.
  2. Kemudian masukkkan celery. Kacau hingga celery layu, masukkan thyme, sayuran dan Worcestershire sauce. Gaul sementara dan masukkan tomato dan lada.

Untuk kentang:

  1. Hancurkan ubi kentang yang sudah direbus diatas api yang perlahan. Tambahkan sedikit butter dan mixer sambil masukkan susu sedikit-sedikit mengikut citarasa masing-masing sebanyak mana untuk creamy.
  2. Kemudian masukkan keju cheddar yang sudah diparut. Gaulkan sehingga sekata. Masukkan daging yang sudah siap digoreng kedalam mangkuk besar.
  3. Masukkan kentang yang sudah siap diatas daging dan ratakan. Taburkan keju cheddar yang sudah diparut. Panggang hingga kekuningan. siap untuk dihidangkan.

Tonton video di bawah :

Kredit : Nikmatul Rosidah

 

 

 

 

 

 

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 34 times!)