Berikut adalah Resepi Gulai Ayam Padang yang enak. Resepi ini sangat ringkas dan bahan-bahannya sangat senang untuk diperolehi. Menu ini sesuai untuk dijadikan lauk untuk dihidangkan bersama nasi.

 

Resepi Gulai Ayam Padang

 

Bahannya adalah :

  • 1 ekor ayam dipotong 4
  • 500 ml santan
  • Selembar daun kunyit
  • 4 lembar daun jeruk
  • Sereh, lengkuas dan sedikit asam jawa
  • 3 buah cengkeh dan 1 kayu manis

Bumbu halus :

  • 6 buah cabe merah besar
  • 5 siung bawang merah
  • 2 siung bawang putih
  • 2 buah kemiri
  • 2 ruas jahe dan 2 ruas kunyit
  • Ketumbar, merica dan jintan secukupnya
  • Garam, gula pasir dan kaldu ayam bubuk secukupnya

Cara-cara Memasak:

  1. Haluskan ketumbar, merica dan jintan. Masukkan bawang merah, bawang putih, kemiri, jahe, kunyit, cabe dan garam. Tumbuk sehingga halus. Ketuk kasar serai dan lengkuas.
  2. Tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan daun kunyit, daun jeruk, kayu manis, cengkih dan asam jawa.
  3. Kemudian masukkan santan. Gaulkan supaya sebati. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan. Masukkan garam, gula pasir dan kaldu ayam bubuk. Tunggu sehingga masak dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba menu ini, semoga bermanfaat. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva 

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 30 times!)