Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi kek Tape Panggang

Indonesian Cuisine: Resepi kek Tape Panggang

Kategori: ,,

Hari ini saya kongsikan resepi untuk membuat kek tape panggang. Cara caranya begitu mudah sahaja untuk disediakan. Tidak perlu bahan yang banyak dalam menyediakannya. Jom ikuti saya dalam langkah-langkah penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 butir telur
  • 100 gr tape singkong
  • 100 gr tepung terigu
  • 100 gr gula pasir
  • 100 gr mentega
  • 1 sdt ovalet
  • 1 sct panili
  • 2 pewarna makanan

Cara membuat kek tape

  1. Masukkan telur, gula pasir, ovalet dan panili ke dalam mixer
  2. Mixer hingga rata dan mengembang
  3. Setelah itu campurkan tape dan mentega di dalam bekas berlainan
  4. Kemudian masukkan ia ke dalam bekas mixer tadi
  5. Mixer sehingga sebati
  6. Masukan tepung dan kacau sehingga rata
  7. Kemudian masukkan pewarna makanan
  8. Ambil sedikit adunan dan letakkan di dalam bekas berasingan untuk dijadikan toping
  9. Letakkan adunan selebihnya ke dalam bekas yang disediakan
  10. campurkan adunan yang diasingkan tadi dengan pewarna dan jadikan ia sebagai toping
  11. Bakar selama 20 – 25 min
  12. Hidangan anda siap untuk disajikan

Selamat Mencuba.

Tonton video di bawah untuk cara-cara penyediaannya:

 

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

tags: | | |