Mesti ada yang tertanya-tanya apa lah kuih basah nagasari kan? Kuih basah nagasari atau nama lainnya di Malaysia ialah kuih lepat pisang. Hari ini kami akan kongsikan Resepi Kuih Basah Nagasari dengan korang semua terutamanya mak-mak orang lama.

Kuih ini merupakan kuih tradisi yang sangat dirindui dan sangat sedap. Korang yang belum rasa kuih ni, boleh cuba buat dekat rumah masing-masing. Berikut adalah resepi kue nagasari yang enak:

 

Resepi Kuih Basah Nagasari

 

Resepi Kuih Basah Nagasari

 

 

Bahan – bahannya: 

  • Tepung beras 250 gram
  • Santan 500 ml
  • Tepung sagu 2 sdm
  • Gula pasir 5 sdm
  • Garam 1/2 sdt
  • Vanili 1/2 sdt
  • Pisang secukupnya

 

Cara-cara Memasak:

  1. Masukkan 5 senduk santan dan masukkan tepung sagu dan adukkan sehingga sebati.
  2. Masukkan santan, tepung beras, gula pasir, garam dan vanilli dan adukkan sehingga sebati dan tepung nya larut. Kemudian saringkan supaya tidak ada ketulan dan benar-benar lembut.
  3. Adunan yang disaringkan dipanaskan dengan api kecil sambil adukkan jangan berhenti sehingga kenyal. Masukkan larutan tepung sagu dan sambung masak sehingga benar-benar matang.
  4. Kemudian bungkus di dalam daun pisang dan letakkan isi pisang ditengahnya.
  5. Kemudian kukuskan sehingga masak dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba menu simple ini.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 25 times!)