Pada post kali ini kami akan kongsikan dengan anda semua satu resepi ringkas iaitu Resepi Kuih Kering yang sangat ringkas dan mudah. Bahan-bahannya juga sangat senang untuk diperolehi.
Resepi Kuih Kering
Bahan-bahannya adalah:
- 200 gr tepung maizena
- 125 gr roombutter
- 75 ml SKM
Cara-cara Memasak:
- Mixerkan roombutter hingga kembang.
- Kemudian masukkan susu kental manis sambil mixer. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dimixerkan.
- Kemudian masukkan adunan kedalam plastik untuk dibentukkan diatas loyang.
- Bentukkan mengikut saiz yang anda suka. Letakkan topping menikut selera anda semua. Kemudian panggang didalam oven sehingga masak.
- Keluarkan dan sejukkan seketika. Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba. Belum cuba belum tahu.
Tonton video ini untuk cara-cara penyediaannya:
Kredit resepi: Bunda Cinta