Berikut adalah Resepi Kuih Lumpur Labu Kuning yang mudah dan enak. Kuih ini sangat sesuai dijadikan juadah sampingan atau sebagai makanan tambahan anda.

Resepi ini sangat ringkas dan bahan-bahannya juga sangat senang untuk diperolehi.

 

Resepi Kuih Lumpur Labu Kuning

Bahannya adalah:

  • Labu kuning dikukus 300 gram
  • Tepung terigu segitiga biru 2 gelas belimbing munjung
  • Santan 500 ml
  • 2 butir telur
  • 4 sdm blueband dicairkan
  • Garam 1/2 sdt
  • Vanili 1/2 sdt
  • Gula pasir 9 sdm/ sesuai selera
  • Topping : kismis secukupnya

 

Cara-cara Memasak:

  1. Masukkan telur, vanilli, gula dan garam ke dalam bekas adunan. Kemudian adukkan sehingga gula larut.
  2. Masukkan tepung terigu dan adukkan hingga sebati. Sisihkan dahulu.
  3. Haluskan labu menggunakan garfu. Kemudian masukkan kedalam adunan tadi. Masukkan santan dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan blueband yang sudah dicarikan dan adykkan sehingga sebati. Saringkan adunan supaya tidak ada yang berketul. Kemduian diamkan selama 15minit.
  5. Panaskan cetakan dengan api kecil dan oleskan blueband. Masukkan adunan kedalam cetakan sesuai selera anda. Apabila separuh masak, letakkan topping sesuai selera anda dan tunggu sehingga masak.
  6. Keluarkan dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba menu ini. Cuba jangan tak cuba.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 38 times!)