Hari ini saya ingin kongsikan cara untuk membuat kuih putu ayu yang sedap dan lembut. Kuih ini kebiasaannya banyak dijual di kedai-kedai makan dan selalunya menjadi hidangan pencuci mulut bagi sesetengah kedai. maka apa kata kita cuba untuk menyediakan kuih putu ayu ini.

Bahan-bahannya adalah:

  • 75 gr tepung terigu
  • 75 gr gula pasir
  • 75 ml santan
  • 1 butir telur
  • ½ sdt SP
  • ½ sdt baking powder
  • kelapa parut secukupnya
  • pasta pandan secukupnya

Cara membuat kuih putu ayu:

  1. Masukkan telur, gua, baking powder dan SP
  2. Mixer sehingga kental atau berwarna putih
  3. Masukkan pewarna dan kacau rata
  4. Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit
  5. Masukkan tepung dan kacau hingga rata
  6. Masukkan adunan ke dalam bekas adunan putu ayu
  7. Sebelum itu masukkan kelapa parut terlebih dahulu
  8. Kukus adunan selama 10 – 15 min
  9. Setelah itu keluarkannya daripada bekas adunan dan siap untuk dimakan

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Tonton video ini untuk langkah-langkah penyediaanya:

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 6 times!)