Hai semua. Tengah buat apa ye semua? Korang tengah masak untuk minum petang ke? Ke makan biskut yang beli kat kedai je? Disini saya nak share satu respi biskut dengan anda semua. Moga-moga minum petang korang lebih menarik. Lebih-lebih lagi korang masak sendiri untuk keluarga tercinta. Berikut merupakan resepi untuk membuat kuih sagon:

Bahan-bahannya adalah:

  • 1⁄2 butir kelapa parut
  • 200 gr tepung ketan(tepung beras)
  • 4 sdm gula halus
  • 100 gr mentega
  • 1⁄2 sdt garam

Langkah-langkahnya seperti berikut:

  1. Masukkan mentega, garam dan gula halus. Kemudain gaul hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung ketan dan kelapa parut. Gaul hingga semua bahan hingga sebati.
  3. Kemudian apabila semua bahan sebati, bentukkan mengikut citaras masing-masing.
  4. Masukkan kedalam oven selama 20 minit dengan suhu 170 darjah.
  5. Tunggu sehingga masak dan siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk mengetahui cara-cara penyediaannya:

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 23 times!)