Pada post kali ini, kami akan kongsikan dengan anda semua Resepi Kuih Singkong Isi Pisang. Resepi yang sangat senang dan bahan-bahan yang sangat senang untuk diperolehi.

Berikut adalah resepi masakan kue singkong isi pisang atau kue mataroda.

 

Resepi Kuih Singkong Isi Pisang

Bahan diperlukan:

Resepi Kuih Singkong Isi Pisang

  • 1 kg singkong diperes dibuang airnya
  • 1 bungkus santan kara
  • Sedikit garam
  • 1 bungkus agar2 putih
  • Pewarna makanan merah dan hijau
  • Pisang secukupnya
  • Kelapa parut secukupnya
  • 7 sdm gula pasir/ sesuai selera

 

Cara-cara Memasak: 

  1. Kukuskan kelapa parut terlebih dahulu untuk taburan. Kukus sehingga matang. Kemudian keluarkan dan letakkan sedikit garam. Ketepikan dahulu.
  2. Campurkan gula pasir, garam, santan kara dan agar putih kedalam singkong yang sudah dipereskan. Gaulkan supaya sebati dan jadikan kepada 2 adunan.
  3. Satu adunan diletakkan warna merah dan satu lagi warna hijau. Adukkan kedua-dua adunan sehingga warna sekata.
  4. Letakkan satu lapisan adunan merah diatas daun pisang dan letakkan pisang. Kemudian letakkan sedikit adunan sebagai lapisan atas dan gulungkan dengan kemas.
  5. Kemudian kukuskan didalam periuk kukusan yang dipanaskan terlebih dahulu selama 35 minit. Apabila sudah masak, keluarkan kuih dari daun pisang dan taburkan sekata kelapa parut.
  6. Potong mengikut saiz yang anda suka dan siap untuk dihidangkan.

 

 

Selamat mencuba menu ini.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 58 times!)