Pada post kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua resepi kuih sus, kuih ini hampir sama bentuk dengan kuih creampuff cuma tiada inti. Cara membuatnya pun sama dan mudah, berikut merupakan resepi untuk membuat kuih sus sederhana:
Bahan-bahannya adalah:
3 butir telur
125 gr tepung terigu
100 gr margarin
250 ml air putih
1 sdt baking powder
¼ sdt garam
Cara-cara membuatnya
Pertama rebus dahulu air dengan margarin, kemudian masukan garam
Bila tengah mendidih masukan tepung dengan baking powder, aduk hingga mengumpat
Kemudian mixer adunan tadi bersama telur, selepas itu masukan ke dalam cetakan
Kemudian panggang selama 20 minit dan siap dihidangkan