Ada dikalangan anda yang menggemar Popia Basah?? Popia basah mempunyai tiga bahagian utama iaitu  kulit, inti dan sosnya. Kesedapan popia basah pastinya terletak pada bagaimana anda membuat popia basah itu. Kini, anda boleh membuat popia basah itu sendiri dengan resepi mudah! Kulit popia basah juga mudah didapati di pasaraya dan jika anda inginkan lagi kesedapan kulitnya, anda juga boleh cuba membuatnya sendiri. Berikut adalah resepi popia basah;

Bahan-bahan:

Sambal:

  • 325 g bawang putih.
  • 550 g Cabe besar tanpa biji
  • sdm garam
  • 200 g gula pasir
  • Minyak sedekit banget,tuk numis.

Bahan Kulit:

  • 500 g Tepung terigu pro sedang.
  • 450 ml air
  • 1 1/2 sdt garam.

Bahan Filling:

  • Bengkuang,rebus lalu tumis dgn Kunyit bubuk,Ebi,Garam,perasa
  • Kulit timun potong kering kan
  • Telur Dadar
  • Bawang goreng.

Cara membuatnya:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan untuk proses popia basah.
  2. Untuk sambal: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cabe besar yang sudah dikisar halus hingga pecah minyak. Masukkan garam dan gula pasir, lalu ditutup dan biarkan lebih kurang selama  1 jam atau 2 jam supaya sambal tersebut menjadi lebih pekat.
  3. Untuk kulit popia: Masukkan air, tepung terigu dan tepung segitiga yang sudah diayak, lalu diaduk atau diuli hingga kental. Kemudian, tutup dengan palstic wrap dan biarkan lebih kurang selama 3 jam atau 4 jam. Panaskan sedikit minyak, lalu goreng adunan tepung untuk membuat kulit popia.
  4. Filling untuk inti: Potong kulit timun serta buang bijinya, lalu timun itu diangin-anginkan biar kering. Kupas bengkuang, dipotong halus dan direbus dahulu supaya lembut. Kemudian, masak sedikit air, kunyit, ebi, garam dan perasa hingga mendidih, lalu masukkan bengkuang dan masak hingga airnya kering. Telur digoreng terlebih dahulu dan digunting kecil.
  5. Setelah itu, untuk menggulung popia, masukkan sambal (sapu rata), timun dihaluskan, bengkuang yang sudah dimasak, telur dadar, dan bawang goreng. Kemudian, gulung popia tersebut. Siap untuk disajikan.

Selamat mencuba.

Tonton video di bawah:

Kredit : Nikmatul Rosidah

 

 

 

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 103 times!)