Pada entri kali ini kami akan kongsikan Resepi Martabak Mini atau nama lain di Malaysia ialah apam mini. Resepi yang sangat ringkas dan bahannya senang untuk diperolehi.
Resepi yang pastinya memikat hati anak-anak anda kerana kuih yang lembut dan bertoppingkan coklat. Ini adalah resepi martabak manis mini.
Resepi Martabak Mini
Bahan yang diperlukan:
- 150 gram tepung terigu pro sedang (sekitar 15 sdm)
- 5 sdm tepung tapioka
- 2 sdm margarin dicairkan
- 200 ml air
- 1 butir telur
- 1 sachet susu bubuk (27 gram)
- Baking powder 1/2 sdt dan garam 1/4 sdt
- 3 sdm gula pasir atau sesuai selera
- Soda kue 1/2 sdt
**Topping : sesuai selera**
Cara-cara Memasak:
- Campur tepung terigu, tepung tapioka, gula pasir dan susu bubuk dan dicampurkan hingga sebati.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit didalam adunan tepung sambil dikacau sehingga sebati.
- Kemudian masukkan telur, margarin yang sudah dicairkan, baking powder dan garam dan teruskan kacau supaya sebati.
- Kemudian saringkan supaya tidak ada yang berketul. Diamkan selama 1 jam.
- Larutkan soda kuih didalam air terlebih dahulu dan masukkan kedalam adunan. Adukkan hingga sebati.
- Oleskan cetakkan dengan margarin dan masukkan adunan sedikit dan bentukkan mengikut selera anda.
- Bakar hingga masak. Keluarkan dan topping megikut selera anda. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba, semoga bermanfaat. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.
Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :
Kredit Oleh : Mama Adeeva