Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi membuat Bak Chang

Indonesian Cuisine: Resepi membuat Bak Chang

Kategori: ,,

Pada post kali ini saya akan kongsikan dengan anda semua resepi Bak Chang. Bak chang ialah pulut yang dibungkus dalam daun buluh bersama lauk daging ataupun ayam dan direbus. Mesti ramai yang tidak tahu macamana ingin membuat bak chang, di bawah saya sediakan resepi dan cara membuat bakchang. Berikut adalah resepi membuat bak chang :

Bahan-bahan:

  • Daun Bambu
  • 1 kg Ketan
  • Daging sapi
  • chestnut
  • Ebi
  • Jamur kering
  • Bawang putih and merah
  • jahe
  • kayu manis
  • cengkeh
  • bunga lawang
  • adas
  • Merica
  • Dark soy sauce
  • sesame oil
  • garam
  • gula
  • Daun salam

Cara-cara :

  • Pastikan ketan @ pulut sudah direndam satu malam sebelum memulakan masakan
  • Sapukan kicap dan merica pada daging, pada masa yang sama rendam jamur dengan air panas, rebus chestnut sebentar
  • Kemudian tumis bumbu, masukan jahe dulu hingga naik bau dan masukan yang lain
  • Selepas itu masukan daging sapi tumis sekitar 2minit dan masukan ebi, daun salam, cengkih, kayu manis, bunga lawang, merica dan kicap
  • Kupas chestnut dan hiris halus begitu juga dengan jamur potong jadi kecil
  • Tambah air dalam masakan bila mendidih masukan jamur dan chestnut, masukan sikit garam dan gula
  • Rendam daun bambu tadi, masa untuk tumis ketan pula, campur soya sos, garam dan minyak bijan
  • Masuk ketan ke dalam bungkusan daun bambu dan pastikan ikat dengan kemas supaya tidak terbuka
  • Kemudian rebus selama 2jam kemudian sedia untuk dihidang

Tonton video di bawah

Kredit : Nikmatul Rosidah

tags: | |