Berikut adalah Resepi Nasi Bakar Ikan Tongkol. Resepi yang sangat ringkas dan bahan-bahannya sangat senang untuk diperolehi.

Resepi ini boleh dijadikan makanan atau juadah tengah hari anda semua sekiranya inginkan kelainan dalam makanan tengahari anda semua.

Bahan yang diperlukan :

Resepi Nasi Bakar Ikan Tongkol

  • Nasi putih secukupnya
  • Daun pisang secukupnya
  • Ikan tongkol
  • Cabe sesuai selera
  • Bawang merah 4 siung
  • Bawang putih 2 siung
  • Daun kemangi
  • Kecap manis 1 sdm
  • Garam, kaldu bubuk, gula pasir secukupnya

 

Cara-cara Memasak:

  1. Hiriskan nipis bawang merah, bawang putih dan cabe. Kemudian tumiskan terlebih dahulu sehingga naik bau.
  2. Masukkan ikan yang sudah digoreng dan dicarik-arik halus dan daun kemangi.
  3. Kemudian masukkan air, kaldu bubuk, garam, gula pasir dan kicap manis secukup rasa. Gorengkan sehingga masak.
  4. Kemudian letakkan nasi diatas daun pisang dan bahan tumis diatas nasi. Kemudian gulungkan hingga kemas.
  5. Kemudian bakarkan hingga masak dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba menu ini,semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 52 times!)