Berikut merupakan Resepi Nugget Pisang yang sangat sedap. Bahan-bahannya sangat ringkas dan senang untuk diperolehi.

Resepi ini sangat sesuai dijadikan makanan sampingan buat anak-anak.

 

Resepi Nugget Pisang

Bahan untuk nugget pisang:

  • 3 buah pisang ukuran sedang
  • 10 sdm tepung terigu pro sedang
  • 15 gram keju parut / sesuai selera
  • 1 sdm gula pasir / sesuai selera
  • 1 sachet SKM
  • 1 butir telur
  • Garam 1/4 sdt dan vanili 1/4 sdt

 

Bahan untuk pelapisnya:

  • Tepung panir secukupnya
  • 1 butir telur
  • Sedikit garam

Cara-cara Memasak:

  1. Campurkan telur dengan vanilli, gula pasir dan adukkan hingga gula larut. Kemudian ketepikan.
  2. Haluskan pisang dan tambahkan telur yang diketepikan tadi. Masukkan keju parut, garam, tepung terigu dan susu kental manis. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  4. Kemudian keluarkan, potong mengikut selera.
  5. Kemudian celupkan didalam telur dan tepung panir. Kemudian gorengkan sehingga masak.
  6. Letakkan topping mengikut selera anda semua. Siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 10 times!)