Hari ini kami akan berkongsi Resepi Pancake Simple yang sangat ringkas dan bahan-bahan yang sangat senang untuk diperolehi.

Resepi ini sesuai untuk dijadikan sajian sarapan pagi anda. Berikut adalah resepi pancake yang mudah dan lembut.

 

 

 

Resepi Pancake Simple

Bahan diperlukan:

  • 200 gram tepung terigu pro sedang atau sekitar 20 sdm
  • 2 sdm gula pasir
  • 2 sdm blueband dicairkan
  • 1 butir telur
  • 300 ml susu cair
  • 2 sdt baking powder
  • 1/4 sdt garam
  • 1/4 sdt vanili

 

Cara-cara Memasak:

  1. Campurkan telur dengan vanilli, gula pasir dan kocok sehingga gula benar-bena larut.
  2. Kemudian masukkan tepung terigu, baking powder dan garam. Gaulkan hingga sebati bersama susu cair.
  3. Kemudian masukkan blueband yang dicairkan dan adukkan hingga sebati. Saringkan dan diamkan selama 10minit.
  4. Panaskan kuali dan masukkan satu senduk adunan dan tunggu sehingga masak. Kemudian keluarkan dan letakkan topping mengikut selera.

 

Selamat mencuba menu ini. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 15 times!)