Rawon atau Nasi Rawon adalah sup daging hitam yang merupakan masakan tradisional Indonesia, serta mempunyai kelainan rasa. Rawon berasal dari Surabaya di wilayah Jawa Timur, Indonesia. Bahan-bahan utama yang digunakan adalah kacang hitam atau keluak (Pangeum edule, buah kepayang) yang memberikan rasa kuat dan warna gelap kepada sup. Berikut adalah resepi rawon:

Bahan-bahan:

  • 600 g Daging sapi
  • 1/2 sdt Ketumbar
  • 1/2 sdt kunyit bubuk
  • 1/2 sdt Jinten
  • Kemiri
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • 4 buah keluak
  • Jahe
  • Lengkuas
  • Serai
  • Kencur
  • Terasi
  • Daun jeruk
  • Asam
  • Gula merah
  • Garam dan lada

Cara membuatnya:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan untuk proses pembuatan rawon.
  2. Panaskan minyak, tumis bumbu halus (bawang merah, bawang putih, kemiri, terasi) bersama (kencur, ketumbar, gula jawa, keluak, kunyit, dan jinten) yang sudah dihaluskan serta (jahe, serai, dan lengkuas) yang sudah ditumbuk, sampai harum dan pecah minyak. Masukkan sedikit air, tunggu sampai kering, lalu masukkan asam.
  3. Masukkan air, daun jeruk purut dan masukkan daging. Tunggu sehingga daging tersebut matang dan empuk, lebih kurang selama 40 minit. Tambahkan sedikit merica dan secubit garam. Masak dengan api kecil sampai mendidih kembali.
  4. Akhir sekali, hidangkan rawon ke dalam mangkuk, taburkan tauge pendek di atasnya. Sajikan bersama telur masin, sambal terasi, dan keropok udang sesuai dengan selera anda.

Selamat mencuba.

Tonton video di bawah untuk langkah-langkahnya:

Kredit : Nikmatul Rosidah

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 51 times!)