Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Macam Tak Pernah Makan..” Influencer Ini Kongsi Video Makan Secara Gelojoh, Netizen Nasihati Supaya Lebih Beradab

“Macam Tak Pernah Makan..” Influencer Ini Kongsi Video Makan Secara Gelojoh, Netizen Nasihati Supaya Lebih Beradab

Kategori:
MAKAN SECARA GELOJOH

Orang Asia sangat mementingkan adab. Lebih-lebih lagi di Malaysia, dari kecil lagi ramai diantara kita dipupuk untuk memiliki adab dan keperibadian yang sempurna supaya bila sudah besar kita memiliki perwatakan yang disegani.

Bukan sahaja dari segi pertuturan dan pemakaian, cara kita makan juga perlulah beradab sebagai tanda kita menghormati rezeki yang diberi oleh Tuhan. Namun, oleh kerana dunia semakin bergerak maju dan di aras pemodenan, adab-adab dahulu kian dilupakan dan masih ada segelintir daripada kita tidak menghormati rezeki.

Lelaki Ini Kongsi Video Makan Secara Gelojoh

Di laman TikTok, seorang pengguna, mankulimpeninngg, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagat lucunya baru-baru ini.

Berselera menikmati nasi berlauk, lelaki itu beberapa kali menyuapkan nasi sebelum meminum air teh aisnya. Walaupun makan secara gelojoh, lelaki itu tidak mengedahkan oleh kerana terlalu lapar dan seronok menikmati makannya.

https://www.tiktok.com/@mankulimpeninngg/video/7049542908420033818?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@mankulimpeninngg Man Kulim kalut Makan Hari ni #foodtiktok #foodie #mankulimpeninggg #kulim #fypシ #kedah #food #7harimencintaiku2 ♬ original sound – aku budak comot…!! – Mak Jemah…!!!

“Makan Elok-Elok Sikit..”

Menjengah di ruangan komen, warganet memohon agar lelaki itu tidak makan secara gelojoh dan menjaga adab. Dalam Islam, sudah menjadi satu sunnah untuk makan secara perlahan-lahan supaya makanan boleh dihadam dengan lebih elok. MAKAN SECARA GELOJOH

Warganet Risau Dengan Kesihatannya

Malah, ada juga segelintir warganet yang risau akan kesihatan lelaki itu. Mereka memohon agar dia menjaga kesihatan. MAKAN SECARA GELOJOH

Walaupun seronok makan, janganlah kita terlalu gelojoh dan makan terlalu pantas. Jaga pemakanan dan makan secara perlahan supaya dapat memudahkan sistem penghadaman dan mengelakkan diri daripada tercekik makanan anda.

Kredit: TikTok mankulimpeninngg

Baca Juga: Kongsi Prank Kawan Melangkahi Makanan, Tindakan Individu Itu Undang Kecaman Dari Netizen

tags: