Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sebab Aku Derhaka Ke?” Ingkar Dengan Arahan Suami, Laksa Yang Ingin Dimasak ‘Berubah’ Jadi..

“Sebab Aku Derhaka Ke?” Ingkar Dengan Arahan Suami, Laksa Yang Ingin Dimasak ‘Berubah’ Jadi..

Kategori:
INGKAR DENGAN ARAHAN SUAMI 2

Sebagai seorang isteri yang baik, suruhan dan arahan suami harus dipatuhi. Jika suami berasa senang hati dan gembira, urusan si isteri akan dipermudahkan dan diberkati. Jadi ia amat penting bagi seorang isteri mematuhi kata-kata suaminya.

Namun, para isteri perlu berwaspada. Jika ingkar dengan arahan, padah akibatnya. Jangan sesekali langgar kerana pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku. Ingat apa yang dipesan dan diarah suami kerana pada bila-bila masa sahaja perkara yang tidak diduga boleh berlaku. Bila ke dapur untuk memasak pun ‘balasan’ boleh tiba. Awas!

Ingkar Dengan Arahan Suami, Ini Pula Yang Terjadi

Di laman Facebook, seorang wanita, Mimie Halim, berasa terkejut apabila melihat keadaan laksa kering yang baru sahaja dibeli untuk dimasak.

Menurutnya, suaminya menyuruh untuk menyediakan laksa untuk hari esok, namun ingkar dan tidak mendengar arahan, dia memilih untuk memasaknya untuk hari ini. Terus, dia pergi membeli laksa untuk dimasak, namun terkejut apabila mendapatinya telah rosak dan mempunyai kulat.

laki sruh buat laksa esok,aku plk nk buat hari ni.. sebab aku derhaka ka beli laksa jadi mcm ni..

INGKAR DENGAN ARAHAN SUAMI 2

Baik Buang

Menjengah di ruangan komen, wargnaet menasihatkannya untuk membuang laksa yang dibeli itu kerana sudah rosak. Dari mengambil risiko dan mengalami keracunan makanan, seeloknya berbuat begitu. INGKAR DENGAN ARAHAN SUAMI 2

Akibat Derhaka

Malah, ada sempat lagi bergurau dengan wanita itu bahawa apa yang terjadi adalah kerana dia telah derhaka pada suaminya. INGKAR DENGAN ARAHAN SUAMI 2

Berhati-hati para isteri, lain kali jika suami anda suruh masak esok, jangan lah masak hari ini pula. Tak baik jika ingkar dengan arahan suami, takut nanti habis semua bahan-bahan di dapur tiba-tiba pula rosak.

Walau apapun, perkara ini jelas merupakan gurauan. Jika mendapati barang di dapur sudah berbau dan berkulat, pastikan anda membuangnya bagi mengelakkan sebarang masalah keracunan.

Kredit: Mimie Halim via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: “Patutlah Meremang Je Rasa Pagi Tadi..” Bangun Jam 3 Pagi Untuk Masak, Wanita Ini Rasa “Seram” Apabila Melihat..

 

tags: