Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini 7 Petua Yang Anda Boleh Amalkan Dengan Daun Durian Belanda Untuk Badan Sihat & Bebas Penyakit.

Ini 7 Petua Yang Anda Boleh Amalkan Dengan Daun Durian Belanda Untuk Badan Sihat & Bebas Penyakit.

Kategori: ,
daun durian belanda

Umum sudah tahu bahawa durian belanda sangat bagus untuk diamalkan. Malah, ada yang mengatakan bahawa jus buah tersebut sangat berkesan untuk merawat demam denggi. Namun, tahukah anda daun durian belanda turut memiliki khasiat yang boleh merawati pelbagai masalah kesihatan?

Kaya dengan kandungan bahan aktif seperti muricatocins A, muricatocinsB, annonacin A, transisonannonacis, annonacin-10-one dan juga muricatocin yang sangat bagus untuk rawat kanser dan juga pelbagai masalah kesihatan yang lain, ia wajar diamalkan.

DAUN DURIAN BELANDA

Berikut adalah 7 khasiat dan petua menggunakan daun durian belanda oleh Leha Yusuf. Dikongsikan di Facebook, anda boleh amalkan untuk lebih sihat.

7 Petua Daun Durian Belanda Untuk Kesihatan

1. Mencegah Dan Mengubati Kanser

Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian, rebuslah dengan 3 gelas air yang bersih. Tunggu sehingga menjadi segelas air sahaja.

Minum air yang dimasak tadi sebanyak dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihadapi itu semakin sembuh.

DAUN DURIAN BELANDA

2. Merawat Sakit Pinggang

Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudia, rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah 3/4 gelas air rebusan tersebut sekali sehari. Amalkan sehingga sakit pinggang sembuh.

3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh Badan (Imun Sistem)

Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh badan. Ambil 5 helai daun durian belanda dan rebuskan dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas. Amalkan meminum sekali sehari untuk ketahanan imun badan.

4. Mengatasi Penyakit Diabetes (Kencing Manis)

Untuk mengatasi diabetes atau penyakit kencing manis, ambil 20 helai daun belanda dan rebus dengan 4 gelas air, masak sehingga menjadi 1 gelas air, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khasiat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi (High Blood Pressure) 

Hipertensi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok. Penyakit strok adalah gangguan fungsi otak akibat aliran darah ke dalam otak mengalami gangguan atau berkurang.

Sekiranya anda menghidap tanda-tanda penyakit tersebut, segeralah minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

6. Mengatasi Buasir Atau Sembelit

Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian, rebuskan dengan 3 gelas air. Didihkan sehingga menjadi 1 gelas sahaja. Setelah air suam, amalkan meminum sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7. Mengubati Sakit Urat Atau Saraf

Khasiat daun durian belanda juga mampu membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf. Rebuskan 10 helai daun durian belanda yang tua, tetapi warnanya masih hijau pekat dan sihat.

Cuci bersih dan setelah itu, rebus dengan sukatan 2 gelas air, masak hingga mendidih dan biarkan menjadi 1 gelas. Amalkan meminum dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

DAUN DURIAN BELANDA

Sangat banyak khasiat daun buah durian belanda ini, kan? Rupanya bukan pada buah sahaja, daun pun elok untuk kesihatan. Nanti anda boleh cuba untuk lebih sihat.

Semoga bermanfaat buat anda.

Kredit: Leha Yusuf

Baca Juga: Masalah Batu Karang? Amalkan Minuman Ini Tiap Hari Untuk Hilangkan! Batu Dalam Buah Pinggang Boleh Hancur Dengan Sendiri, Tak Perlu Pembedahan!

 

tags: |