Perasankah anda akan label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang dilabel “Baik Sebelum” (Best Before) dan “Guna Sebelum” (Used By)?
Label tarikh luput ini digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi. Namun di sini, kita akan fokus kepada makanan dan minuman sahaja.
Sebenarnya ada perbezaan diantara dua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak boleh mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel begitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.
Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.
Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair…) warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengit, masam…) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.
Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.
Semoga dengan info ini dapat menyelesaikan segala kekeliruan anda.
Kredit: Fatimah Salim
Baca Juga: Kopi Kenangan Bukan Sahaja Dilabur Oleh Rapper Amerika Namun Juga Turut Tersenarai Di Nasdaq