Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Ini Beza Tiap Jenis Gula Yang Selalu Digunakan Dalam Masakan, Sebenarnya Ramai Juga Yang Tak Tahu

Ini Beza Tiap Jenis Gula Yang Selalu Digunakan Dalam Masakan, Sebenarnya Ramai Juga Yang Tak Tahu

Kategori: ,
jenis gula

Gula antara bahan yang wajib ada di dapur masing-masing. Tapi tahukah anda ada beberapa jenis gula yang ramai tidak tahu?

Begitu banyak jenis gula yang ada, bagaimana ingin membezakan kesemua? Kalau nak tahu, baca perkongsian ini secara lebih lanjut untuk tambahkan ilmu masakan anda.

Ini Beza Tiap Jenis Gula Yang Selalu Digunakan Dalam Masakan, Sebenarnya Ramai Juga Yang Tak Tahu

1. Gula Pasir jenis gula

Gula yang ramai sudah kenal, ia juga dikenali sebagai table sugar, refined sugar ata white sugar. Gula ini diguna secara meluas dan sangat mudah untuk didapati.

Ia dihasilkan melalui proses pengasingan ‘pure sugar cystal dan molasses. Bentuk gula ini juga sedikit halus tapi sedikit besar jika ingin dibandingkan dengan gula kastor. Tambahan, ia diperbuat daripada tebu, ubi bit atau campuran keduanya.

Selain dalam memasak, gula ini dungkan untuk penyediaan minuman dan boleh dijadikan gantian untuk gula kastor (gula pasir halus) dalam pelbagai jenis resepi.

2. Gula Kastor jenis gula

Nama lain untuk gula ini ialah gula pasir halus. Gula ini juga dikenali sebagai baking sugar kerana ia adalah gula asas dan universal dalam baking. Walaupun teknik dan bahan untuk penghasilan gula ini sama dengan gula pasir, ia dikisar lebih halus.

Kerana bentuk kristal gula ini halus, maka kadar larutannya juga lebih tinggi berbanding gula biasa. Jadi kerana sifat itu, ia sesuai untuk digunakan semasa baking, meringue, pembuatan sirap, adunan kek dan sebagainya.

3. Gula Aising jenis gula

Gula ini juga dikenali sebagai gula serbuk atau gula halus. Teksturnya juga sangat halus, seakan tepung. Penghasilan gula ini sama dengan sebelumnya cuma dikisar sehingga ke tahap 10 kali ganda lebih halus.

Kerana teksturnya, gula ini sangat mudah untuk larut dan menjadi bahan yang sangat sesuai dalam pembuatan icing atau frosting yang mana tidak menggunakan haba untuk dilarutkan. Selain itu, ia juga dijadikan bahan hiasan kek.

Untuk mengelakkan gula ini menjadi berketul, setengah pengeluar akan mencampurkannya bersama tepung jagung.

4. Gula Mutiara jenis gula

Turut dikenali sebagai hail sugar, asalnya sama dengan gula pasir cuma ia dikisar halus seperti gula aising dan dibentukkan menjadi seakan mutiara.

Walaupun begitu, gula ini tidak begitu digunakan dalam masakan Malaysia dan hanya boleh ditemui dalam resepi Scandinavian. Oleh itu, ia dijual pada harga yang lebih tinggi di sini.

Kerana bentuknya, ia tidak mudah cair dan larut, meskipun dibakar dan hanya digunakan sebagai dekorasi dan penambah manisan bagi kek dan biskut yang telah dibakar.

5. Gula Pasir Kasar jenis gula

Nama lain untuk gula ini pula ialah gula hias atau sanding sugar. Di Malaysia, ia selalu digunakan untuk penyediaan minuman tapi itu bukanlah tujuan utamanya.

Gula ini dikhaskan untuk menghias manisan atau kek kerana bentuk kristalnya yang besar jadi ia juga agak sukar untuk dilarutkan atau cair seperti gula mutiara. Kerana kegunaan gula ini, ia boleh didapati dengan pelbagai warna menarik.

6. Gula tebu jenis gula

Gula yang selalu digunakan di Malaysia, ia diproses secara minuman, sebab itu saiz kristal gula ini juga agak besar jika ingin dibandingkan dengan gula pasir.

Ia juga mempunyai warna yang gelap dan kegunaannya juga sama dengan gula pasir. Selain itu, harganya juga tidak terlalu mahal kerana Malaysia antara negara yang menghasilkan gula tebu dan mudah didapati.

7. Gula Merah jenis gula

Turut dikenali sebagai gula organik atau gula semulajadi. Ia mempunyai kandungan molasses yang sangat tinggi dan hampir mengekalkan kandungan molasses dari 100 peratus hingga 50 peratus.

Oleh itu, ia juga sangat melekit, lembab dan mempunyai rasa karamel yang tinggi. Ia juga tidak sesuai digunakan untuk penyediaan minuman dan hiasan pencuci mulut.

Sebaliknya, gula ini digunakan untuk perapan, sos dan masakan savori.

8. Gula Perang jenis gula

Lain dari gula merah, gula ini diperbuat daripada tebu, ubi bit yang telah diproses. Bezanya gula ini ditambah Molasses. Kerana itu rasa karamel gula ini tidak terlalu kuat jika dibandingkan dengan yang sebelumnya.

Meskipun ia sedikit lembab, ia tetap berpasir halus dan menjadikannya sesuai untuk digunakan bagi tujuan baking dan masakan lain.

9. Gula Perang Gelap jenis gula

Ramai yang selalu tertukar gula ini dengan gula merah kerana warnanya yang hampir sama. Tapi rasa dan teksturnya mampu membezakan dua jenis gula tersebut.

Tekstur untuk gula ini adalah lebih halus dan berpasir dari gula merah dan rasa karamelnya juga tidak terlalu kuat. Gula ini menjadikan gantian yang sesuai bagi gula merah kerana kandungan molasses yang banyak.

10. Gula Melaka jenis gula

Gula ini juga dikenali dengan nama Gula Nisan dan berbentuk silinder dan keras. Ia juga boleh didapati dalam bentuk bulat. Gula ini diperbuat dari nira atau tuak daripada pohon kelapa.

Ia telah diasaskan oleh masyarakat Pantai Timur dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan, terutamanya pencuci mulut.

11. Gula Apong jenis gula

Gula ini agak sama dengan gula Melaka tapi perbezaannya sumber ia dibuat. Lain dari Gula Melaka, gula ini diperbuat daripada pokok nipah yang terdapat di Sarawak.

Teksturnya juga lembut, lembab dan sedikit cair berbanding Gula Apong. Rasa dan kegunaannya juga sama dengan Gula Melaka. Ia digunakan dalam pelbagai manisan Sarawak.

12. Gula Batu jenis gula

Gula uni ini dihasilkan dari pengkristalan antara gula dan air. Air dilarutkan bersama gula pasir terlebih dahulu dan kemudiannya diproses melalui proses crystalization menjadikan gula berbentuk batu ini.

Gula Batu digunakan dalam masakan dan boleh menggantikan gula pasir. Harganya juga tidak terlalu mahal.

Rupanya banyak juga jenis gula yang ada, kan? Baru lah kita tahu beza setiap jenis dan kegunaannya. Untuk hasil masakan yang sedap dan menjadi, pastikan anda menggunakan jenis yang tepat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Kredit: sihatcomelceria.com

Baca Juga: Kontraktor Cleaning Service Kongsi Tips Bersih Lantai Guna Pencuci Pinggan, Hasil Berkilat Dan Cantik!

 

tags: |