Kalau tersalah pilih cili kering, masakan anda pasti akan jagi pedas giler. Meski tambah gula sekalipun belum tentu dapat mengimbangkan rasa pedasnya.
Untuk memilih cili kering yang betul ketika membeli, anda perlu mempunyai ilmu yang betul. Selepas ini, dah tak perlu pening kepala nak pilih cili kering sebab dah tahu jenis-jenisnya.
Jika dah tahu ilmu ni, senang nak pilih cili kering untuk dibuat sambal kepada anak-anak. Jom baca tip di bawah ini hasil perkongsian oleh saudara Khairul Abdullah. Semoga bermanfaat.
Aku ni pun baru tau bab cili kering mana yang pedas mana yang tak. Tengok gambar tu yer.
1. Paling pedas yang kiri sekali tu. Jenis merah, berkilat dan takde tangkai. Jenis ni guna sikit jer nak buat sambal, pedas ya ampun.
2. Pedas standard yang tengah tu. Jenis tak berapa merah, tak berkilat dan kerinting cili dia. Ni yang biasa kita guna ni. Kadang-kadang kena letak banyak baru pedas kaw.
3. Tak pedas langsung atau malu-malu jer pedas dia adalah yang kanan sekali. Jenis merah berkilat, gemuk dan bertangkai. Yang ni memang kaler dia cantik kalau buat sambal dan anak-anak boleh makan katanya.
Kredit: Khairul Abdullah
Baca Juga: Wanita Kongsi Tips Letak ‘Tisu’ Jika Nasi Goreng Terlebih Minyak, Settle Masalah!