Minyak masak sering digunakan ketika memasak, terutamanya menggoreng. Selesai sahaja, pasti ada banyak minyak lebihan di dalam kuali. Ramai yang gemar membuangnya diluar atau di dalam sinki, namun perkara itu tidak elok kerana boleh menyebabkan kerosakan dan menjejaskan alam sekitar.
Jika masih lagi boleh disimpan, maka berbuat lah begitu. Tapi jika minyak tersebut sudah rosak atau tidak mahu digunakan lagi, ada beberapa cara mudah dan selamat untuk membuangnya. Nak tahu? Jom belajar cara buang minyak masak menerusi artikel ini.
Jika minyak yang telah digunakan ingin dibuang, sebaiknya anda biarkannya sejuk dahulu selepas menggoreng. Antara bekas yang sesuai digunakan untuk membuang minyak masak adalah kotak susu dan bekas styrofoam.
Sebelum membuang minyak masak yang telah digunakan, anda perlu membekukannya di dalam peti ais. Tuangkan dalam bekas pakai buang (dapatkan dengan harga murah di sini) dan simpan dalam peti sejuk. Apabila ianya sudah mengeras, ia sudah sedia untuk dibuang.
Jika kuantiti minyak masak itu sedikit, tuangkan dalam secawan kopi dan simpan di dalam peti ais. Bila sudah beku, ambil minyak tersebut menggunakan sudu makan dan buang dalam tong sampah. Selesai sahaja, lapkan sudu dan cawan itu dengan tisu serap minyak sebelum membasuhnya.
Sebelum dibuang, minyak masak tersebut boleh dicampur dengan beberapa bahan lain seperti pasir kucing, pasir dan habuk papan kerana bahan tersebut mampu menyerap cecair. Minyak yang ingin dibuang boleh disimpan terlebih dahulu di dalam bekas pakai buang. Bila tiba masanya untuk mencuci pasir kucing, anda boleh membuangkan sisanya bersama minyak yang telah disimpan.
Sesetengah tempat mempunyai pusat kitar semula dimana pengguna boleh menghantarkan minyak masak terpakai untuk dikitar semula. Namun, tak semua tempat boleh berbuat demikian jadi seeloknya anda memeriksa dahulu secara atas talian.
Kuala Lumpur
Putrajaya
Selangor
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Kelantan
Terengganu
Pahang
Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Sabah
Sarawak
Labuan
Sebelum lupa, ada beberapa pantang larang yang orang ramai perlu mengingati sebelum membuang minyak masak terpakai.
1. Jangan buang di dalam sinki atau lubang tandas kerana perkara itu boleh menyebabkan salur paip tersumbat. Malah, air yang sudah tercemar dengan sisa minyak tidak boleh dirawat. Perkara itu secara tidak langsung akan menjejaskan alam sekitar.
2. Elakkan membuang minyak masak yang panas di dalam plastik atau tong sampah kerana perkara itu boleh menarik haiwan perosak dan menjejaskan lori sampah dan tempat pelupusan.
Ramai yang tak tahu cara buang minyak masak yang tepat. Amalkan cara-cara ini bagi mengelakkan kerosakan pada saluran paip dan alam sekitar.
Semoga artikel ini bermanfaat buat anda.
Kredit: The Spruce Eats
Baca Juga: Jenis Minyak Zaitun Dan Khasiatnya Yang Tersendiri, Minyak Zaitun Sangat ‘Hebat’ Rupanya