Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sedap Rupanya Asam Pedas Ayam, Ini Cara Mudah Untuk Membuatnya

Sedap Rupanya Asam Pedas Ayam, Ini Cara Mudah Untuk Membuatnya

Kategori:
asam pedas ayam

Orang Johor sememangnya sudah sebati dengan apa-apa masakan asam pedas ikan atau asam pedas ayam. Ia juga menu wajib dicuba jika ke Johor.

Bagi orang luar, pasti jarang mendengari masakan asam pedas ayam bukan? Selalunya hanya biasa makan asam pedas ikan.

Rupanya sedap sangat asam pedas ayam ini. Jika ada yang mahu cuba memasaknya, boleh ikuti resipi lengkap di bawah.

Cara Membuat Asam Pedas Ayam

Bahan A:

  • Ayam
  • Daun kesom
  • Bunga kantan
  • Garam, perasa, sedikit gula
  • Tomato
  • Bendi
  • Air
  • Air asam jawa

Bahan B (dikisar):

  • Cili kering
  • Halia
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Belacan

Bahan C (tumis):

  • 2 batang serai diketuk

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak. Kemudian masukkan serai, tumis sehingga wangi.
  2. Bila dah wangi, masukkan bahan kisar. Tunggu sehingga betul-betul pecah minyak.
  3. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam. Tunggu ayam masak sambil kacau. Jangan masukkan air lagi.
  4. Bila ayam dah masak, masukkan sedikit air dan semua bahan A kecuali bendi dan tomato.
  5. Perasakan dengan garam, perasa dan gula secukup rasa. Bila rasa masam pedas dah cukup, baru masukkan tomato dan bendi.
  6. Selamat mencuba!

Kredit: Arieza Rieza

tags: |