Kopi latte adalah kopi yang dicampurkan dengan susu. Ia tidak mempunyai banyak buih seperti air cappucino. Kini anda tidak perlu beratur dan beli air kopi latte di starbuck lagi. Boleh cuba buat sendiri di rumah menggunakan kopi kampung yang pastinya lebih ‘kaw’ dan lebih puas hati.
Anda hanya perlu ada 3 bahan utama iaitu kopi, susu, dan gula. Anda juga boleh ‘adjust’ resepi yang dikongsikan oleh Madihah Hamid di Facebook mengikut citarasa anda.
Mudah je kan nak buat air kopi latte ni. Bahan yang diperlukan pun sangat sedikit. Amat berbaloi jika anda membuatnya sendiri di rumah untuk suami tercinta. Boleh minum sambil buat kerja atau sambil menonton ‘Netflix’.
Selamat Mencuba!
Kredit foto & resepi: Madihah Hamid Via MAHN
Baca Juga: Konfius Setiap Kali Nak Order ‘Kopi’? Jom Kenali 8 Jenis Kopi Ini Sebelum Order!