Kebiasaannya, martabak yang kita selalu makan adalah martabak ayam dan kulitnya pula diperbuat daripada doh tepung gandum. Martabak biasanya dimakan pada waktu berbuka puasa dan selalunya ramai yang jual di bazar ramadhan. Sangat sesuai untuk dijadikan menu ketika berkumpul bersama keluarga besar untuk makan petang atau dalam majlis keramaian.
Tapi, pernah tak anda makan martabak roti daging yang hanya menggunakan roti gardenia je? Ia dibakar di dalam oven dan akan membuatkan roti rasa lebih crunchy dan enak dimakan. Jom kita lihat resepi martabak roti daging yang dikongsikan oleh Haruman Luqman di Facebook.
Resepi Martabak Roti Daging Crunchy Yang Sedap Dan Mudah
BAHAN-BAHAN:
- Roti gardenia 12 keping
- Isi daging cincang
- Kentang yang didadukan
- Bawang besar didadukan
- Bawang putih 3 ulas
CARA PENYEDIAAN INTI:
- Saya masak daging menggunakan periuk Noxxa, tapi kalau tiada anda boleh guna kuali.
- Kemudian, tumiskan bawang putih, bawang besar hingga wangi. Masukkan daging dan lada hitam. Kacau sebati.
- Setelah itu, masukkan serbuk kari dan masak hingga pecah minyak. Masukkan kentang dan cili padi. Kacau hingga sekata.
- Tutup periuk Noxxa dan HP dalam 2 minit. Akhir sekali, tekan mood stir fy, masukkan garam, pak aji dan taburkan daun bawang.
- Siap inti untuk murtabak.
CARA PENYEDIAAN MARTABAK:
- Di bekas lain, kacau telur dan tambah susu cair dalam 2 cawan. Agak-agak korang la ye.
- Di dalam loyang 4 segi, sapu butter pada loyang. Kemudian, susun roti begini dan sapukan juga butter pada roti.
- Layer kedua, letakkan inti daging yang sudah siap dimasak tadi.
- Layer ketiga, curahkan telur tadi. Korang buat adunan sampai habis dan nak letak cheesedale pun boleh. Tapi saya tak letak sebab takde.
- Lapisan atas sekali, taburkan daun bawang dan cili padi cincang. Kemudian, curahkan telur. Kalau nak letak parutan cheese pun boleh.
- Bakar dalam oven dengan suhu 220 darjah celcius selama 40 minit.
- Siap untuk dihidang.
Senang je rupanya nak buat martabak roti daging crunchy ni hanya perlukan dua bahan utama iaitu roti dan daging. Boleh dijadikan sebagai menu untuk sarapan pagi atau makan petang. Tentu anak-anak dan suami anda suka. Satu lagi, ejaan yang betul adalah ‘martabak’ bukan ‘murtabak’ ya.
Selamat Mencuba!
Kredit foto & resepi: Haruman Luqman
Baca Juga: Wanita Ini Kongsikan Resepi Murtabak Cream Crackers, Yang Boleh Dibuat Sebagai Hantaran!