‘Kanom Piak Poon’ atau dikenali sebagai Puding Pandan Thai, sejenis kuih tradisi dari negara Thailand. Kuih ini akan memberikan rasa lemak manis dari kuah santan. Kelembutan puding ini mampu menambahkan lagi rasa sedap di lidah apabila ia cair di dalam mulut selepas makan.
Menurut Shahmila Radza, resepi sajian tradisi ini diperolehi daripada pembantu rumahnya yang berasal dari negara Thailand. Yang penting memang mudah dan dijamin lazat. Jom ikuti perkongsian di bawah.
Cara Buat Puding Pandan Thai Yang Enak
Bahan-bahan:
Puding:
- 2 sudu kapur masakan yang di campur dengan 1 gelas air besar
- 1 cawan tepung beras
- 1/3 cawan tepung pulut
- 1/3 cawan tepung ubi kayu
- 1/3 cawan gula perang
- 1 cawan air
- 1/2 cawan santan pekat
- Secubit garam
- 1 sudu pes pandan
Kuah Santan:
- 2 kotak santan bersaiz kecil
- 1 sudu kecil tepung jagung yang di campur dengan air
- 1 sudu besar gula pasir putih
- 1/2 sudu teh garam
Cara Penyediaan:
Puding:
- Tapis tepung dan satukan semua bahan di atas dan kacau bagi tidak berketul.
- Bukakan api paling kecil.
- Kacau sehingga puding itu menjadi jernih (Kacau seperti membuat dodol).
- Sesudah jernih, tutup api dan biarkan puding sehingga suam.
- Sesudah suam, masukkan puding ke dalam mangkuk dan letakkan di dalam peti ais.
- Siap untuk dihidang.
Kuah Santan:
- Panaskan santan.
- Masukkan air tepung jagung, gula dan garam sehingga likat.
- Tutup api dan masukkan ke dalam peti sejuk.
- Siap untuk dihidang.
Bila nak hidang, tuang kuah santan, letak satu sudu kelapa parut tadi dan tabur biji bijan.
Kalau nak cantik, puding tu perlu kurangkan air sikit, bila dah suam boleh guna piping icing dan piping atas talam.. Tapi dia akan keras sikit tak cair masuk mulut. Saya lebih suka puding ni lembut jadi bila lembut memang tak boleh nak bentuk. rupanya tak cantik la.. Janji masuk mulut sedap!!
Selesai! Mudahkan? Selepas berbuka dengan sajian utama semestinya tidak lengkap rasanya jika tiada kuih muih sebagai pencuci mulut kan? Jadi, sajian ini sangat sesuai dan mudah untuk anda memasak di rumah tanpa keluar ke bazar Ramadan. Aroma daun pandan bukan sahaja mewangikan sajian malah ia juga mengandungi pelbagai khasiat seperti meningkatkan selera makan dan melegakan pening kepala.
Selamat mencuba!
Kredit: Shahmila Radha Via MAHN
Baca Juga: Resepi Puding Roti Tawar Yang Cantik, Mudah & Sedap. Sesuai Dibuat Sebagai Juadah Berbuka Dan Raya!