Resepi roti canai homemade yang telah dikongsikan oleh Wawa Wannie di Facebook.

Bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati. Jom cuba!

Roti Canai Homemade

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 3 cawan.
  • Majerin 1 sudu besar.
  • Susu pekat 1 sudu besar.
  • Garam 1/2 sudu kecil
  • Air 3/4 cawan.

Cara-cara:

Masukkan semua bahan kecuali air.

Gaulkan bahan tadi.

Selepa itu, baru masukkan air sikit demi sedikit. Uli kan sehingga doh tidak melekat di tangan.

Bahagikan doh secara bulat-bulat.

Rendam selama 3 jam di dalam minyak. Atau boleh sapu sahaja minyak di sekeliling doh supaya tidak melekat.

Ambil 1 doh dan tebarkan.

Tebarkan sehingga besar begini.

Selepas tebar, gulungkan roti seperti di bawah.

Selepas digulung.

Selepas itu, leperkan doh.

Leperkan seperti ini.

Bakar dalam kuali leper.

Siap untuk dihidang!

 

Selamat mencuba!

 

Sumber: Wawa Wannie (Facebook)

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1,905 times!)