Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Tokoyaki Homemade, Tanpa Perlu Guna Acuan

Ini Cara Buat Tokoyaki Homemade, Tanpa Perlu Guna Acuan

Kategori: ,
Tokoyaki

Siapa suka makan tokoyaki? Tokayaki merupakan makanan yang berasal dari Jepun yang telah menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Biasa beli kat kedai je kan, apa kata kali ini jom cuba buat sendiri kat rumah. Tak perlu guna acuan pun. Jom cuba!

Ini Cara Buat Tokoyaki Tanpa Perlu Guna Acuan, Confirm Menjadi!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Garam
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • 1 1/2 cawan kobis – dicincang halus
  • Setangkai daun bawang – hiris halus
  • 1 biji cili merah – hiris halus
  • 2 batang hot dog – dadu kecil
  • 8 batang crab stick – dadu kecil

Bahan pelengkap:

  • Mayonis jepun (mayonis biasa pun boleh)
  • Aonoro (boleh beli di aeon)
  • Fish flakes/bonito flakes (boleh beli di aeon)
  • Sos takoyaki (resepi di bawah)

Bahan sos takoyaki 1:

  • 1 cawan sos wostershire
  • Gula
  • 1 sudu besar tepung jagung  (dicampur dengan sedikit air)
  • 1 sudu kecil kicap pekat

Bahan sos takoyaki 2:

  • 1 biji bawang putih – diketuk hancur
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 4 sudu besar gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu tepung jadung (dicampur sedikit air)

Cara-cara:

  1. Tuang air panas mendidih ke dalam adunan (tepung gandum, telur, pati ayam sedikit garam. Digaul sebalik dahulu baru tuang air panas). Gunakan senduk kayu dan kacau sebati. Dah agak-agak suam baru campurkan sayur kobis dan daun bawang ke dalam adunan. Uli pakai tangan, letak inti udang/octopus/crab stick, leperkan adunan tepung dan letakkan inti di tengah dan bulatkan kembali.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Bulatkan adunan tepung dan masukkan dalam minyak yang panas. Goreng sehingga kekuningan.
  3. Untuk sos takoyaki 1. Campurkan sos wostershire, gula dan kicap. Masak hingga mendidih baru tuangkan adunan tepung jagung. Kacau sehingga sedikit pekat. Tutup api.
  4. Untuk sos takoyaki 2. Campur semua bahan kecuali tepung jagung. Tunggu sehingga mendidih baru tuangkan adunan tepung jagung. Bila dah pekat tutup api. Tapis dan sedia diletak dalam botol untuk drizzle nanti.
  5. Letak takoyaki dalam pinggan. Drizzle sos takoyaki, drizzle mayonis, tabur fish flakes dan aonori. Siap untuk dihidang!

Kredit: Aznie Khasri 

Selamat mencuba!

 

 

 

tags: | |