Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Cara Cuci Dapur Gas Kotor & Berkerak, Guna 2 Bahan Dapur Ini Saja Terus Bersih Seperti Baru!

Ini Cara Cuci Dapur Gas Kotor & Berkerak, Guna 2 Bahan Dapur Ini Saja Terus Bersih Seperti Baru!

Kategori: ,
Cara Cuci Dapur Gas Kotor

Dapur gas yang kotor menjadi masalah yang biasa. Bagi mereka yang merupakan seorang clean freak, perkara itu menjadi satu masalah kerana ia boleh menyakitkan mata.

Tapi ramai di antara kita yang tak suka membersihkan dapur gas yang kotor kerana kotoran susah ditanggal. Guna apa jua pencuci tetap ada kesannya! Rasa geram pula, kan?

Tak perlu risau, di sini kami berkongsi cara cuci dapur gas kotor dan berkerak oleh wizwanie. Ringkas dan mudah, cuma perlu dua bahan sahaja terus siap!

Ini Cara Cuci Dapur Gas Kotor & Berkerak, Guna 2 Bahan Dapur Ini Saja Terus Bersih Seperti Baru!

Bahan-bahan

  • Serbuk soda bikarbonat – guna jenama ini 
  • Cuka
  • Tuala (untuk lap kotoran)

Cara-caranya

  1. Letakkan serbuk soda bikarbonat di dapur gas yang kotor. Kalau ada kotoran dan berkerak, letak lebih sikit.  Cara Cuci Dapur Gas Kotor
  2. Tuangkan cuka, agak-agak sahaja tapi jangan terlalu banyak kerana takut melimpah. Cara Cuci Dapur Gas Kotor
  3. Lap dengan kain hingga bersih, kotoran mudah untuk ditanggalkan. Cara Cuci Dapur Gas Kotor
  4. Dapur gas kelihatan bersih dan sama seperti baru! Cara Cuci Dapur Gas Kotor

Tonton videonya di bawah:

@wizwanie #tips #dapurku #fyp #sharing #kitchen #mudah #homecooking #rumahtangga #foryourpage #tiktoklover #petuadapurmommy #iburumahtangga ♬ UP – INNA

Tips ini mungkin ramai yang sudah tahu tapi ada juga yang tidak tahu. Ia memang berkesan dan anda juga tak perlu membeli cecair pencuci mahal untuk membersihkan dapur gas anda yang kotor.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Kredit: wizwanie

Baca Juga: Senarai Jenis Susu Tepung Baik Untuk Orang Dewasa, Lain Jenama, Lain Fungsinya

tags: | | | |