Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Membuat S’Mores yang ‘Simple’, Lazat dan Bercoklat

Ini Cara Membuat S’Mores yang ‘Simple’, Lazat dan Bercoklat

Kategori: ,
S'Mores

Hai everything! Walaupun anda hanya duduk di rumah, itu tidak menjadi penghalang untuk anda memanjakan diri anda dengan makanan yang sedap. Tambahan lagi, dengan berada di rumah anda boleh mengikuti dan membuat pelbagai resepi yang dikongsikan oleh rakan-rakan anda di media sosial. Tetapi ‘baking’ adalah sebuah asas seni yang perlu dimulakan dari bawah. Oleh itu, ini adalah resepi S’mores yang amat mudah yang hanya memerlukan 2 bahan sahaja.

S’mores: Gabungan Sempurna Antara Coklat dan Marshmallow

Jika makanan yang mengiurkan yang anda gemari, kita boleh katakan bahawa S’mores berkemungkinan makanan pertama yang muncul di fikiran anda. Gabungan sempurna di antara coklat cair bersama marshmallow yang gebu dapat membuat fikiran anda melayang. Pada asalnya, S’mores merupakan snek perkhemahan yang dibakar di atas api seperti yang kita selalu lihat di dalam cerita barat. Marshmallow yang dicucuk di batang lidi kemudian dibakar di atas api sehingga warnanya menjadi perang keemasan, menghasilkan tekstur yang enak di dalamnya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket besar coklat cadbury
  • 1 paket marshmallow

CARA-CARA:

  1. Letakkan coklat ke dalam bekas aluminium.
  2. Kemudian, masukkan marshmallow sehingga menutupi permukaan coklat.
  3. Panaskan oven pada 160’c.
  4. Masukkan bekas ke dalam oven dan bakar selama 5 hingga 7 minit sehingga marshmallow bertukar menjadi perang keemasan.

Nikmati bersama biskut kegemaran anda!

Kredit: PenangFoodie

 

 

 

tags: