Jagung merupakan sejenis sayuran berkanji yang mempunya bentuk yang panjang dan berbulu halus di permukaannya. Ianya mempunyai biji isi yang banyak berwarna kuning dan mempunyai rasa yang manis ketika sudah masak.
Jagung merupakan sejenis bijirin yang tidak asing lagi di negara kita malah ianya turut dijadikan sebagai makanan ruji bagi sesetengah negara lain. Di Malaysia, jagung sering digunakan di dalam industri pembuatan makanan seperti digunakan di dalam penghasilan bijirin, minuman, snek ringan dan pelbagai lagi.
Jagung bukanlah sejenis tumbuhan yang bermusim dan boleh didapati pada bila-bila masa sahaja. Jom ikuti langkah
Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang.
Mulakan pembajaan pada hari kesepuluh. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.
Disebabkan saya tak menanam banyak. Jadi, pendebungaan manual sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya. Secara ringkasnya ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan pada bunga betina.
*Ini kali kelima saya tanam jagung. Alhamdulillah banyak benda yang saya belajar sepanjang menanam.
Siap sudah cara mudah tanam jagung!
Sumber: Farah Aisyah Ahmad
Baca juga: Guna Nasi Je! Ini Cara Buat Racun Organik Homemade, Sayuran Jadi Lebat & Tanaman Makin Sihat!