Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Untuk Menyediakan Penjaram Dengan Cara Yang Mudah, Confirm Akan Menjadi Kegemaran Keluarga Bila Dicuba!

Ini Cara Untuk Menyediakan Penjaram Dengan Cara Yang Mudah, Confirm Akan Menjadi Kegemaran Keluarga Bila Dicuba!

Kategori: ,
PENJARAM

Mungkin ramai yang tidak mengenali kuih penjaram, namun kuih ini boleh didapati di merata-rata tempat, terutamanya di Sarawak dan Sabah.

Selain itu, kuih ini turut dikenali dengan nama lain seperti penyaram, pinjaram, cucur jawa atau cucur gula melaka. Bagi anda yang gemari kuih tradisional yang manis, boleh lah cuba resepi kuih penjaram yang mudah ini. Jom baca dengan selanjutnya untuk mengetahui.

Resepi Penjaram

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung beras cap 3 gajah
  • 2 cawan tepung gandum cap ros
  • 1 cawan gula merah hancur
  • 1 cawan gula putih (boleh kurangkan kepada 3/4 cawan sahaja)
  • 2 1/4 hingga 2 1/2 cawan air (ikut kesesuaian)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

  1. Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika sehingga suam.
  2. Satukan tepung gandum dan tepung beras, garam. Tuang air gula merah tadi secara sedikit demi sedikit dan adun sehingga sebati. Jika adunan nampak masih kental, boleh ditambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang cantik. (Tidak terlalu cair, tidak terlalu kental.)
  3. Tapiskan adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata.
  4. Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Boleh digoreng. Nak lebih cantik, perap semalaman, esok pagi boleh digoreng.
  5. Guna kuali yang sedikit dalam, tuangkan 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis, baru dibalikkan.

Nota: Semasa menggoreng, jika ia menjadi serat-serat bermakna adunan yang cantik. Hasilnya, kuih menjadi rendah atau ropol topi yang cantik, ringan, ranggup di bahagian tepi dan lembut di dalam. PENJARAM PENJARAM PENJARAM

Bagi anda yang gemar kuih muih yang bergoreng, boleh lah cuba resepi mudah ini. Rupanya mudah sahaja untuk menyediakan penjaram di rumah. Tak perlu dah beli, buat sendiri lebih bagus.

Selamat mencuba resepi ringkas ini.

Kredit: Leeina Qaliena

Baca Juga: Ini Dia Petua Dan Cara Mudah Buat Kuih Cara Yang Sedap, Menjadi Dan Tak Melekat

tags: |