Semenjak drama Korea mula ditayangkan, orang ramai sudah makin taksub dengan budaya dan makanan Korea. Sekali pandang di skrin, rasa teringin pula untuk merasai pelbagai hidangan dari negara itu.
Meskipun terdapat beberapa hidangan Korea yang tidak mudah untuk disediakan kerana kekurangan bahan, namun ada beberapa yang anda boleh cuba untuk buat sendiri di rumah kerana ianya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Antaranya adalah Japchae!
Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian oleh Aley Arif.
Resepi Japchae Yang Mudah Dan Sedap
Bahan-Bahan
- 1 genggam glass noodle
- 100 gram daging atau ayam (dihiris nipis)
- 3 pokok bayam (ambil daunnya sahaja)
- 3 ketul cendawan shitake (dihiris nipis)
- 1 pokok daun bawang (dihiris memanjang)
- 1/2 bawang holand (dihiris nipis)
- 1/2 batang lobak merah (potong memanjang)
- 1/2 biji cili benggala kuning (hiris nipis)
- 1/2 biji cili benggala hijau (hiris nipis)
- 2 biji telur (asingkan putih dan kuning) buat telur dadar, kemudian dihiris nipis.
- Kicap cair
- Minyak bijan
- Bijan sangai
- Gula secukupnya
Cara Penyediaan
- Perapkan daging atau ayam bersama sos tiram dan lada hitam selama 30 minit.
- Rebuskan daun bayam seketika. Angkat dan toskan. Ketepikan untuk diguna selepas ini.
- Panaskan air hingga menggelegak. Masukkan glass noodle dan rebus sehinggan empuk. Angkat dan toskan.
- Masukkan glass noodle dalam satu bekas dan letakkan kicap cair, minyak bijan dan sedikit gula. Kemudian, gaul sehingga sebati dan ketepikan.
- Dalam pan yang lain, panaskan sedikit minyak. Goreng sebentar daging atau ayam sudah diperap tadi sehingga masak. Ketepikan.
- Kemudiann, goreng kilas cendawan shitake, lobak merah, bawang holand, cili benggala merah dan kuning secara berasingan sehingga masak.
- Masukkan ke semua bahan goreng ke dalam bekas yang mengandungi glass noodle tadi. Gaul sebati, kemudian masukkan telur dadar dan daun bawang.
- Perasakan lagi dengan kicap cair, minyak bijan dan gula. Siap untuk dihidang.
Terliurnya bila melihat gambar hidangan ini, kan? Bagi anda yang ingin mencari cara mudah untuk memujuk anak-anak itu memakan sayur-sayuran, cuba lah resepi ini. Dijamin memikat hati mereka.
Selamat mencuba.
Kredit: Aley Arif
Baca Juga: Ini Cara Buat Rabokki Dengan Mudah. Semuanya Lengkap, Macam Berada Di Korea Pula!