Mi kuning boleh digunakan dalam pelbagai jenis resepi berasaskan mi seperti mi kari, mi goreng dan mi sup. Boleh didapati di mana-mana kedai runcit dan pasaraya termuka, terdapat pelbagai jenama yang telah mengeluarkannya.
Bagi anda yang rajin dan ingin menyediakannya sendiri di rumah, boleh ikuti resepi mi kuning homemade ini yang telah dikongsikan oleh Kak Yong Ima Shida di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Resepi Mi Kuning Homemade
Bahan-Bahan
- 500g tepung gandum
- 200ml air
- 2 biji kuning telur
- 1/3 sudu kecil baking soda
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil pewarna kuning Starbrand
Nota: Perlu menyediakan abu soda untuk digunakan dalam resepi
Cara Penyediaan
- Untuk abu soda, panaskan baking soda di atas pan atau tudung periuk selama 5 minit sehingga bertukar seperti abu. Boleh ketepikan untuk digunakan kemudian.
- Satukan air, pewarna kuning, garam dan abu soda. Kacau sehingga garam larut dan ketepikan.
- Di dalam bekas lain, masukkn tepung dan kuning telur serta gaulkan dengan garfu Mmasukkn air sedikit-sedikit sambil diuli (boleh gunakan breadmaker untuk lebih mudah). Adunan agak keras dan berderai. Kalau adunan doh lembut, mi akan lembik dan hancur. Adunan berderai akan menjadikan mi lebih padat bila gelek dengan mesin pasta (dapatkan di sini).
- Kepalkan adunan bagi rata dan gelek dengan mesin mi atau pasta sehingga sederhana nipis. Jangan nipis sangat, nanti mi akan leper dan tak cantik.
- Gelek dua hingga 3 kali dan kemudian bolehlah di gelek menggunakan mata mi.
- Setelah selesai, didihkan air dgn sedikit minyak. Masukkan mi dalam air didihan. Jangan terlalu lama, bila mi mula timbul, keluarkkan cepat-cepat dari air panas dan lalukan di bawah air yang mengalir untuk membuang kanji tepung. Toskan sehingga kering.
- Gaulkn mi yang telah kering air dengan minyak sehingga rata. Pastikan guna sarung tangan agar mi tahan lama sewaktu di simpan.
Sememangnya lebih bagus jika kita meluangkan sedikit waktu untuk membuat sendiri mi kuning homemade di rumah. Jika minat memasak dan ingin meluangkan sedikit waktu bersama anak-anak di dapur, bolehlah ajak mereka untuk sama-sama menyediakan resepi ini. Ia juga boleh disimpan bagi digunakan untuk kemudian hari.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Kak Yong Ima Shida via MAHN
Baca Juga: Jom Cuba Resepi Chee Cheong Fun Homemade & Kuah Kicap Enak, Hidangan Ini Memang Dikenali Ramai