Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Caranya Untuk Buat Sendiri Sos Black Pepper Viral, Sama Sedap Dengan Kedai Western Food

Ini Caranya Untuk Buat Sendiri Sos Black Pepper Viral, Sama Sedap Dengan Kedai Western Food

Kategori: ,
SOS BLACK PEPPER VIRAL

Hidangan Chicken atau Lamb Chop sering dihidang bersama sos black pepper. Cukup rasa, ia melengkapkan hidangan tersebut dan menyedapkannya lagi. Namun bila dipesan, sudah tentu kita cuma akan dapatkan kuantiti sos dengan sedikit sahaja.

Jika tak berpuas hati dan anda ingin menikmati sos yang lebih, lebih baik anda menyediakannya sendiri di rumah. Bagi anda yang ingin cuba, ini resepi sos black pepper viral yang anda boleh ikuti. Dikongsikan oleh Afy Al Habibi, ianya sangat mudah dan ringkas untuk dicuba.

Resepi Sos Black Pepper Viral

Bahan-Bahan

  • 1 sudu besar majerin planta
  • 1 ulas bawang putih (diracik halus)
  • 2 tin sos spaghetti keju
  • 1 sudu besar serbuk keju
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
  • 1 sudu besar gula (letak sedikit demi sedkit)

Cara Penyediaan

  1. Panaskan 1 sudu besar planta dalam kuali api kecil sahaja.
  2. Masukkan bawang putih yang telah diracik halus, tumis hingga naik bau, kecil sahaja. SOS BLACK PEPPER VIRAL
  3. Masukkan 1 tin sos spaghetti keju, kalau pekat sangat boleh tambahkan air. SOS BLACK PEPPER VIRAL
  4. Masukkan 1 sudu besar serbuk keju. Kalau tiada tak mengapa, kacau sehingga rata. SOS BLACK PEPPER VIRAL
  5. Tambahkan 1 sudu kicap lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. SOS BLACK PEPPER VIRAL
  6. Masukkan serbuk lada hitam kasar. SOS BLACK PEPPER VIRAL
  7. Juga masukkan 1 sudu besar gula (boleh masukkan sikit-sikit untuk langkah selamat). Kacau sehingga sebati. SOS BLACK PEPPER VIRAL
  8. Tutup api setelah semuanya sebati. Boleh dihidang bersama ayam, daging dan kambing panggang. SOS BLACK PEPPER VIRAL SOS BLACK PEPPER VIRAL SOS BLACK PEPPER VIRAL

Lain kali bila memanggang ayam atau daging, anda boleh padankan dengan sos black pepper ini. Buat banyak-banyak terus, sudah tentu berpuas hati bila dimakan. Lebih banyak sos, lebih nikmat.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Afy Al Habibi

Baca Juga: Ini Cara Sediakan Tortilla Chicken Wrap, Menu Yang Mudah & Ringkas, Puas Hati Bila Dimakan

tags: |