Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Caranya Untuk Menyediakan Kimchi Timun, Sangat Rangup & Sesuai Dimakan Bersama Pelbagai Jenis Lauk

Ini Caranya Untuk Menyediakan Kimchi Timun, Sangat Rangup & Sesuai Dimakan Bersama Pelbagai Jenis Lauk

Kategori: ,,
KIMCHI TIMUN

Makanan Korea semakin mendapat nama. Antara hidangan yang sangat digemari adalah kimchi, rabokki, japchae dan banyak lagi. Namun negara tersebut masih mempunyai pelbagai hidangan menarik yang masih lagi perlu dicuba.

Mungkin ramai yang sudah terbiasa memakan kimchi kubis cina, namun terdapat pelbagai jenis kimchi yang enak dan menarik untuk dicuba. Antaranya adalah kimchi timun yang jauh lebih mudah untuk disediakan dan mempunyai tekstur yang lebih rangup. Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Aishah Mat Adam di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Kimchi Timun Homemade

Bahan-Bahan

  • 8 biji timun kecil
  • 2 sudu garam
  • 2 biji lobak merah
  • 1 biji lobak putih
  • 1 biji bawang bombay
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sepokok daun bawang
  • 2 sudu bijan (sebagai hiasan) KIMCHI TIMUN

Bahan Pes

  • 2 sudu sos ikan
  • 4 sudu besar serbuk gochugaru atau cili (boleh juga guna serbuk cili Babas)
  • 3 sudu tepung pulut
  • 1 cawan air

Cara Penyediaan

  1. Potong timun empat tapi jangan sampai terpotong hujung timun (anggaran dari hujung, rujuk pada gambar). KIMCHI TIMUN
  2. Lumurkan garam keseluruh timun. Kemudian rehatkan selama 20 minit.
  3. Hiris nipis lobak merah dan lobak putih. Daun bawang dipotong kasar. Kisarkan bawang putih, halia dan bawang bombay.
  4. Dalam periuk, masukkan tepung pulut dan air, masak dengan api yang perlahan sehingga pekat. Kemudian, masukkan serbuk cili, sos ikan dan gula. Dah jadi pes kimchi kita. KIMCHI TIMUN
  5. Sejukkan pes dalam mangkuk. Selepas itu, boleh lah satukan dengan semua sayur yang dah siap dipotong. KIMCHI TIMUN
  6. Cuci bersih timun yang dah dilumur dengan garam. Cuci sampai hilang rasa masin.
  7. Masukkan kimchi dalam belahan timun. Langkah ini perlu dilakukan dengan lembut dan berhati-hati supaya timun itu tidak patah. Selepas itu, boleh lah taburkan bijan.  KIMCHI TIMUN
  8. Simpan dalam peti ais selama sehari sebelum sedia untuk dinikmati. KIMCHI TIMUN

Bagi anda yang gemar dan ingin mencuba pelbagai masakan Korea, anda boleh cuba resepi kimchi timun ini. Masih banyak jenis kimchi yang anda boleh cuba, jadi elok bermula dengan hidangan ini. Mudah dan sesuai dimakan bersama nasi putih dan pelbagai jenis lauk.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Aishah Mat Adam via MAHN

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Hotteok atau Sweet Korean Pancake Yang Enak, Rupanya Mudah Sahaja Untuk Disediakan

 

 

tags: | |