Popia sardin merupakan hidangan yang minuman petang yang mudah untuk disediakan. Ianya turut dijual di gerai kecil-kecil. Enak untuk dinikmati, terdapat pelbagai resepi yang boleh anda cuba untuk menyediakannya.
Bagi anda yang ingin mencuba untuk menyediakan popia sardin homemade, anda boleh ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Ana Suzana. Semestinya lebih mudah dan ringkas untuk diikuti.
Resepi Popia Sardin
Bahan-Bahan
- 1/2 bawang besar
- 4 biji bawang putih
- 4cm halia
- 1 tin sardin
- Kulit halia (guna jenama ini)
- Sebiji telur
- Sedikit garam

Cara Penyediaan
- Kisarkan halia, bawang besar dan bawang putih menggunakan penggisar.

- Tumis bahan yang telah dikisar.

- Masukkan sardin semua sekali, kacau sambil hancurkan ikan sardin. Letakkan sedikit garam dan masukkan air.

- Sejukkan sardin dahulu. Tak perlu simpan dalam peti ais.
- Gunakan sebiji telur ayam sebagai gam untuk kulit popia. Atau anda juga boleh gunakan bancuhan tepung gandum.
- Gulung popia dengan mengambil sekeping kulit popia, letakkan inti di hujung penjuru. Kemudian lipat. Selepas itu, lipat sisi kiri dan kanan dan gulung. Dekat hujung, sapukan bancuhan telur untuk lekatkan.


- Goreng sehingga kulit popia bertukar keperangan dan angkat, sedia untuk dihidang.

Jika mempunyai waktu yang terluang bersama keluarga, anda bolehlah sama-sama menyediakan popia sardin di rumah. Bila dicuba, sudah tentu seluruh keluarga anda akan menggemarinya.
Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikan kepada kawan-kawan anda.
Kredit: Ana Suzana
Baca Juga: Resepi Popia Carbonara Paling Simple Namun Sangat Sedap. Yang Penting Tak Comot!