Popia coklat ini viral menjelang hari raya aildilfitri baru-baru ini. Memang mudah sangat nak buat, guna 3 bahan mudah je! Bahan pun mudah untuk didapati, semua orang pun boleh buat. Memang laku keras kalau buat ni, cepat je habis. Jom ikuti resepi perkongsian popia coklat viral oleh Sofia Ahmad di bawah.
Cara Buat Popia Coklat VIRAL Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
- Kulit popia (brand KG pastry sedap)
- Coklat bar (brand beryl’s sedap) / Cadbury pun boleh
- Minyak masak untuk goreng kulit popia dan letak sikit dalam coklat
Cara-cara:
- Gulung popia. Hujung gulungan tu lekat kan sedikit dengan gam (air+tepung gandum sikit ) potong serong halus- halus dan goreng hingga keperangan.
-
Sambil tunggu popia sejuk, buat coklat dia. Cairkan coklat bar dalam 1 cawan (kaedah double boiler) atau ikut agak-agak yang boleh salut untuk popia kita tadi. Lagi banyak lagi sodap. Campurkan 3 sudu besar minyak masak. Kacau sebati.
-
Biar sejuk sikit, gaul sebati coklat dan popia tadi. Letak dalam balang. Siap.
-
Boleh letak dalam peti ais atau boleh letak pada suhu bilik. Tapi nak pesan kalau letak atas meja, tak tahan lama tau. Takut cepat habis je. Haha k bai.
Selamat mencuba!