Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Cara Mudah Orang Jati Pahang Masak Ikan Patin Tempoyak, Memang Sedap Sangat Weh

Ini Dia Cara Mudah Orang Jati Pahang Masak Ikan Patin Tempoyak, Memang Sedap Sangat Weh

Kategori: ,

Ikan patin tempoyak adalah masakan yang sangat terkenal dalam kalangan orang Melayu. Lebh-lebih lagi bagi negeri Pahang. Kalau nak makan tempoyak yang sedap-sedap biasanya kita akan cari dekat Termeloh. Sebab di situlah banyak tempat dan kedai-kedai yang terkenal dengan ikan patin tempoyak ini.

Tapi sekarang tak perlu susah payah cari kedai dah, boleh buat sendiri dekat rumah anda dengan rujuk resepi yang dikongsi oleh wanita ini. Menurut pemilik resepi ikan patin tempoyak ini, ini adalah resepi turun temurun keluarganya. Biasa patin tempoyak yang simple dan sedap ini ada di majlis kenduri atau apa-apa majlis. Resepi ini tak masukkan bunga kantan, daun kesom atau apa-apa sayuran lain. Tapi kalau anda nak masukkan boleh je.

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan patin
  • Kunyit hidup
  • Cili api
  • Tempoyak
  • Garam
  • Gula

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumbuk kunyit dengan cili api. Gaulkan sekali dengan tempoyak.
  2. Kemudian gaulkan pada ikan dan perap untuk seketika (15-20 minit)
  3. Selepas itu baru masukkan air. Masak atas dapur dan masukkan garam dan gula bagi ada rasa secukupnya.
  4. Apabila dah masak, boleh tutup api.

*Kalau nak masukkan bunga kantan, daun kesom, timun tua boleh masukkan semasa ikan dah separuh masak. Kalau tak nak masukkan semua tu pun boleh.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Siti Salma Via MAHN

Baca juga: Resepi Apam Kampung Yang Sangat Sedap Dan Menggebukan. Sekali Makan Nikmatnya Tak Terkata

tags: