Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Cara Ringkas Tapi Sedap Sambal Kicap Pedas Hati Dan Pedal Ayam

Ini Dia Cara Ringkas Tapi Sedap Sambal Kicap Pedas Hati Dan Pedal Ayam

Kategori: ,

Ini dia masakan ringkas, sambal kicap pedas hati dan pedal. Sangat sedap. beli hati dan pedal di pasar lepas tu balik lah masak. Ada bahan, campak-campak siap. Makan dengan nasi panas-panas memang menjadi! Tapi tak digalakkan sangat makan organ dalaman ini sebab tak berapa elok. Kalau jarang-jarang boleh. Lebih-lebih lagi kepada golongan kanak-kanak, selagi boleh hindarkan makan organ dalaman seperti ini hindarkanlah. Kalau yang dah dewasa tu kalau anda suka makan, makanlah kami tak nak tanggung risikonya.

BAHAN-BAHAN:

  • Hati dan pedal ayam
  • 4 tangkai cili padi
  • 3 sb pes sambal
  • 2 sb kicap pekat
  • Gula dan garam secukupnya
  • Hirisan lada benggala
  • 8 tangkai cili padi merah dan hijau
  • 5-6 hirisan lobak
  • 4 biji tomato ceri
  • Kacang panjang
  • Bawang holland dan bawang merah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Lumurkan hati dan pedal ayam dengan secubit dua garam dan serbuk kunyit.
  2. Perap selama 30 minit sebelum digoreng separa garing. (tutup kuali dengan tudung periuk untuk mengelakkan minyak terpercik)
  3. Gunakan 1 senduk minyak lebihan hati ayam yang telah digoreng tadi.
  4. Tumiskan bawang dengan 4 cili padi potong hingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan pes sambal.
  6. Masukkan pula kicap pekat, gula dan garam mengikut citarasa masing-masing.
  7. Seterusnya masukkan hati dan pedal ayam yang digoreng seketika tadi. Balik-balikkan.
  8. Masukkan pula bahan hirisan selebihnya tadi dan balik-balikkan.
  9. Tutup api selepas 2-3 minit dan siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Afy AL Habibi

tags: