Baru-baru ini viral di laman media sosial apabila ramai yang berkongsikan satu mesin bernama Thermomix, merupakan mesin mewah bernilai RM7, 188 yang mampu menyediakan makanan dengan cepat dan pantas.
Anda hanya perlu memilih dari 57,000 resepi yang telah disediakan dan hanya perlu masukkan bahan-bahannya, tekan butang dan SIAP!
Ada banyak kegunaan dan kebaikan yang boleh didapati daripada alat canggih ini.
Jom baca review daripada Encik Mohd Yazid Ismail yang merupakan pengguna Thermomix yang membeli Thermomix bulan November lepas.
Nak buat review pasal dapur robot ni, Thermomix nama dia. Saya memang suka bagi review barang-barang yang saya beli, review tak berbayar.
Kelebihan dan kekurangan Thermomix.
Walaupun baru beli bulan November lepas, masih baru, tapi rasa macam dah layak untuk bagi pendapat.
Isteri saya panggil Thermomix ni “Bibik Jerman”. Kami terpengaruh untuk bawa balik Bibik Jerman ke rumah selepas buat research dalam beberapa hari.
Siapa yang pernah tergoogle perkataan “Thermomix” di internet dan layan YouTube pasal Thermomix rasanya memang dia akan terpengaruh untuk beli.
Banyak kelebihannya, boleh tengok di fb Widyana Ali. Dia banyak share pasal ni. Hampir setiap hari dia share menu masakan guna Thermomix. Boleh follow fb dia.
Saya tulis ringkas je lah ye pasal kelebihan sebab Widyana dah tulis banyak di fb dia.
1. Menyenangkan urusan memasak. Cepat dan mudah. Pilih resepi di screen, kemudian masukkan bahan-bahan je, lepas tu boleh tinggalkan Bibik Jerman ni masakkan.
2. Dapur tak bersepah sebab Thermomix boleh ganti 20 alatan dapur yang lain.
3. Ada function self cleaning, yang ni memang heaven sangat.
1. Kecil. Tak sesuai masak banyak untuk lebih 10 orang. Thermomix hanya sesuai untuk keluarga yang ada 10 orang ke bawah. Sekarang susah nak jumpa keluarga yang ada lebih 10 orang.
2. Harganya mahal. RM6688. Tapi dengan kelebihan dan kegunaannya kalau harga RM15,000 pun masih berbaloi.
3. Terlalu moden. Ada orang suka old school, suka masak cara lama, kena berdiri lama, banyak guna perkakas pun tak apa. Thermomix ni masak cara moden dan relax.
4. Mudah rambang mata sebab terlalu banyak resepi yang ada dalam Thermomix. Lebih 55 ribu resepi dari seluruh dunia, pre-programmed. Takut asyik layan tengok gambar resepi je kat screen Thermomix terlupa nak masak.
5. Tak boleh guna jika black out tak ada elektrik.
6. Jadi berebut nak masak kat dapur. Semua orang tiba-tiba pandai masak sebab Thermomix guide step by step, klik next next je terus siap.
7. Bila urusan di dapur terlalu mudah dan cepat, isteri akan ada banyak masa dan tenaga, takut-takut dia pergi shopping setiap hari. Tapi tak apa suami boleh ajak buat aktiviti lain
Puan Widyana Ali, merupakan isteri kepada Encik Yazid turut berkongsi pelbagai menu dan kegunaan Thermomix ini.
Menurutnya, semua ibu suka memasak dan seronok apabila melihat keluarga menikmati air tangan ibu. Tapi kadang-kadang, anak menangis dan nak mendukung. Nak selesaikan hal rumah. Nak masak takut hangit pula, risau terlupa tutup api.
Bila masak guna Thermomix memang best sebab kita boleh tinggalkan sambil buat kerja lain. Kadang-kadang siap boleh tidur sambil tunggu masak.
Pelbagai masakan boleh dibuat seperti masak sambal tumis, kari, masak lemak, kurma, nasi goreng, bihun goreng, mee goreng. Semua tak perlu kacau. Tinggalkan saja dia pusing sendiri sampai siap.
Boleh adun doh roti, 2 minit siap. Biasa kalau guna bread maker kena adun lebih 40 minit.
Boleh mix adunan cookies.
Boleh buat sos, tomato sauce, spagethi sauce, jem strawberry, jem nenas, custard, lemon curd,
dan banyak lagi.
Boleh tengok gambar di bawah antara yang pernah saya masak guna Thermomix.
Jimat masa.
Jimat tenaga.
Jimat duit sebab banyak memasak di rumah.
Anak anak pun sebut je saja nak apa, ada lebih 50 ribu resepi nak pilih dalam guided cooking.
Hanya perlu pilih resepi di screen. Masukkan bahan lepas tu klik next next, terus siap. Lebih 50 ribu resepi ada dapam Thermomix.
Lepas masak nasi dan lauk.
Siap boleh buat ice cream lagi.
Ini dia cara bagaimana Thermomix ini berfungsi.
https://www.facebook.com/widyana.ali/videos/pcb.10215671358760915/10215671351320729/?type=3&theater
Untuk yang berminat membeli Thermomix ini atau anda yang sudah memilikinya boleh ke Facebook Widyana Ali untuk melihat pelbagai menu masakan yang sudah dicuba.
Setiap benda yang kita guna mempunyai risikonya yang tersendiri. Sebagai seorang pengguna, kita harus sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan atau best practice apabila menggunakan barang elektrik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Kredit: Mohd Yazid Ismail, Widyana Ali.