Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Resepi Sayur Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Udang, Makan Nasi Dengan Lauk Ni Je Dah Cukup Lengkap

Ini Dia Resepi Sayur Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Udang, Makan Nasi Dengan Lauk Ni Je Dah Cukup Lengkap

Kategori: ,

Sayur merupakan salah satu sajian yang penting dalam hidangan harian untuk membantu saluran darah yang lebih sihat. Selain itu, sayur juga dapat membantu mengekalkan vitamin dalam badan kita. Terdapat lebih dari 30 resepi sayur kampung yang boleh dimasak seperti sayur masak lemak pucuk paku.

Kajian juga telah membuktikan bahawa sayur-sayuran yang mencukupi boleh merendahkan risiko sakit jantung dan juga strok. Sayur pucuk paku ini sendiri banyak khasiatnya. Gout dapat diatasi kerana dalam sayuran ini mempunyai vitamin A dan karotin. Antara contoh resepi yang boleh dibuat termasuklah masak lemak pucuk paku.

Ini Dia Resepi Sayur Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Udang, Makan Nasi Dengan Lauk Ni Je Dah Cukup Lengkap

masak lemak pucuk paku

Bahan-bahan

  • Udang
  • 3 ikat pucuk paku
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit – untuk tambah warna
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa – jika suka
  • 1 kotak santan + air secukupnya

Bahan kisar

  • 2 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili padi – ikut pedas yang disukai
  • 2 ulas bawang merah
  • 1-2 inci kunyit hidup

Cara penyediaan

  1. Masak bahan kisar dan serbuk kunyit di atas dapur sehingga cili nya sedikit masak.
  2. Masukkan santan dan udang. Kacau rata supaya ianya tidak naik minyak.
  3. Setelah mendidih, masukkan pucuk paku.
  4. Masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa
  5. Siap untuk dihidangkan

Yeaaay! Hidangan masak lemak pucuk paku sudah siap. Senang sahaja resepinya. Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat untuk semua.

Sumber: Azie kitchen

Baca juga: Cara Ringkas Masak Hidangan Bunga Kantan Goreng, Makan Dengan Nasi Sahaja Pun Enak!

tags: | |