Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ajar Anak Makan Apel Bersama Kulitnya, Ini Khasiat Kulit Apel Yang Ramai Tak Tahu!

Ajar Anak Makan Apel Bersama Kulitnya, Ini Khasiat Kulit Apel Yang Ramai Tak Tahu!

Kategori: ,

Apel merupakan antara buahan yang sangat digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai khasiar pada buah apel ini antaranya, buah apel membantu menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan jantung.

Di Malaysia, buah apel tidak mudah berbuah. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan kita membeli buah epal dari negara luar dan membelinya dari pasar basah, pasar malam atau pun pasar raya.

Bukan sahaja mempunyai banyak khasiat, malah buah epal ini juga sangat enak dimakan. Memandangkan buah ini dari luar negara, jadi pastinya akan ada lilin yang menyaluti buahan tersebut. Kerana itu, ramai dalam kalangan kita yang lebih memilih untuk mengupas kulitnya.

Namun begitu, Dr Mazliana Mazlan ada membuat perkongsian mengenai kebaikan kulit apel ini. Walaupun hanya sekadar kulit namun terdapat pelbagai macam khasiatnya, lebih-lebih lagi kepada anak-anak. 

Nak tahu apakah khasiat kulit apel ini? Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Khasiat kulit apel untuk anak-anak, jom ajar anak makan bersama dengan kulit

Kulit epal bagus untuk memori anak.

Dalam kulit epal, ada kandungan quercetin. Antioksida quercetin bantu kuatkan memori anak sebagai brain booster untuk otak.

Antara khasiat lain kulit epal;

  1. Tinggi fiber bagus untuk usus
  2. Kandungan antiradang yang baik untuk paru-paru
  3. Polyphenol dalam kulit epal bagus untuk perjalanan darah
  4. Ada vitamin A, C dan K yang tinggi

Lepas ni, kita ajar anak makan epal sekali dengan kulit k.

Tapi, kena bersihkan betul-betul kulit epal sebelum bagi anak makan.

Saya suka cari epal Afrika, New Zealand dan Australia. Atau kadang epal organik.

Kita sebenarnya tak berani nak bagi anak makan, sebab takut ada saki baki sisa racun serangga dan wax pada epal.

Cari yang organik, ini paling terbaik. Sangat sesuai untuk anak eczema dan asma.

Atau, kalau yang bukan organik, basuh betul-betul permukaan buah untuk kita hilangkan sebanyak mungkin saki baki racun serangga yang ada.

Rendam dalam air soda bikarbonat, garam, lemon atau cuka. Campur 1 sudu salah satu dari bahan ni, dengan 1 liter air. Rendam 15 minit.

Kemudian gosok pulak permukaan epal. Akhir sekali bilas.

Kita cuba sama-sama ye lepas ni, ajar anak makan epal sekai dengan kulitnya.

 

Merah cantik betul epal ni.

Epal Afrika.

Epal hijau Afrika.

Epal organik dari New Zealand.

Merah cantik betul epal ni.

Jelas sekarang kan mengenai kebaikan dan khasiat kulit apel ini? Jadi apa kata selepas ini kita tak payah kupas kulitnya. Hanya rendam bersama air garam dan basuh bersih kemudian makan. Kalau dah basuh bersih, tidak membahayakan kesihatan pun.

Jadi, mulai saat ini, detik ini, jom kita sama-sama amalkan makan buah epal bersama-sama dengan kulitnya!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mazliana Mazlan

Baca juga: Anak-Anak Batuk Berkahak? Doktor Ini Kongsi 6 Makanan Terbaik Untuk Cairkan Kahak

tags: | |