Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ini Khasiat Yang Ada Pada Bijan Yang Ramai Tidak Tahu, Patut Lah Ia Diamalkan Sejak Dahulu Lagi!

Ini Khasiat Yang Ada Pada Bijan Yang Ramai Tidak Tahu, Patut Lah Ia Diamalkan Sejak Dahulu Lagi!

Kategori: ,
bijan

Bijan merupakan bahan yang sering digunakan dalam masakan. Ianya juga mempunyai pelbagai warna seperti hitam, putih dan juga merah. Ianya juga boleh didapati dalam bentuk minyak.

bijan

Kaya dengan kandungan minyak semula jadi, lignans, anti oksidan, protein, serat makanan, vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi, kalium, fosforus, magnesium, vitamin B dan E, bijan sangat lah bagus untuk kesihatan jadi tidak hairan kenapa ia masih lagi diamalkan.

BIJAN

Khasiat Bijan Pada Kesihatan

1. Merawat Gastrik

Pengambilan 1 sudu minyak bijan mampu mengurangkan gastrik dan masalah perut. Ianya boleh dicampur bersama madu, kemudian diminum.

2. Menguatkan Jantung Dan Arteri

Bijan kaya dengan zat yang sangat bagus untuk jantung. Pegambilan 40 gram sehari dikatakan mampu menurunkan kolesterol dan trigliserida (lemak).

3. Mengaktifkan Sistem Saraf

Biji bijan sememangnya kaya dengan magnesium, vitamin B, antioksidan dan asid amino. Komponen ini sangat membantu mereka yang menderita insomnia dan penghidap stress.

4. Mengurangkan Keradangan

Kandungan tembaga yang tinggi dalam biji bijan dapat mengurangkan keradangan pada sendi, tulang, dan otot. Ia membantu mengurangkan rasa sakit yang berkaitan arthritis. Tembaga adalah mineral penting untuk menguatkan saluran darah, tulang dan sendi.

5. Merawat Kencing Manis

Bijan mengandungi sebatian lignan yang dikenali sebagai sesamin. Ia bersifat anti oksidan dan anti radang yang sangat baik untuk menurunkan paras gula dalam darah.

Pengambilan 200mg sesamin selama 8 minggu mampu menurunkan kencing manis.

6. Mengurangkan Berat Badan

Biji bijan mengandungi serat diet yang tiggi untuk menghalang pengumpulan lemak walaupun anda makan berlebihan.

Jadi, seratnya akan mengaktifkan metabolisme dan membantu dalam proses pembakaran lemak.

BIJAN

Banyak sangat manfaat dan khasiat bijan pada kesihatan kita. Tak kira minyak atau biji, anda boleh amalkannya untuk tampil lebih sihat. Jadi, rajin-rajin lah amalkan.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Elly Aziz

Baca Juga: Nak Pecahkan Lemak Degil & Kempiskan Perut? Gunakan 4 Bahan Ini, Sekejap Je Dah Nampak Hasil!

tags: |