Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ini Mungkin Masakan Terakhir Abah..” Tak Tahan Dengan ‘Penghinaan’, Lelaki Ini Akhirnya..

“Ini Mungkin Masakan Terakhir Abah..” Tak Tahan Dengan ‘Penghinaan’, Lelaki Ini Akhirnya..

Kategori:
ABAH

Bila menyertai sesuatu group atau kelompak, sudah semestinya kita ingin merasai sebahagian daripada kumpulan tersebut.

Tak ingin disisih dari yang lain, apa pun sanggup dilakukan untuk menjaga nama dan hubungan di antara setiap ahli sebuah kumpulan. Antara perkara yang sering dilakukan untuk menguatkan silaturahim diantara mereka adalah dengan mengenalkan t-shirt eksklusif group untuk setiap ahli yang berminat.

Meskipun ingin, namun tak semua orang mampu untuk mengeluarkan wang untuk membeli barangan eksklusif group. Niatnya ada tapi apakah daya.

Itulah apa yang terjadi pada seorang ahli group Suami Masak Apa Hari Ini?. Kecewa dengan ‘penghinaan’ yang diterima oleh ahli lain, dia akhirnya memilih untuk..

Abah Nak Left Group.

Mohd Said Mqms yang sudah dikenali sebagai ‘abah’ dalam kalangan ahli group tersebut telah membuat pengumuman untuk meninggalkan group itu buat sementara waktu kerana sering ‘dihina’ kerana tidak memiliki jersey eksklusif group Suami Masak Apa Hari Ini yang merupakan Limited Edition.

Maaf ya,

Ini mungkin masakan terakhir abah kat group…

Cencaru masak serai.

Abah nak left group buat sementara

Tak tahan abah dengan penghinaan orang sebab tak ada Jersy Smahi 169 Limited Edition.

Mengadu ngan mak kau pun dia kata,

“Padan muka, sombong lagi dengan orang.”

Ok bye.

abah

Jelas, posting tersebut merupakan gurauan semata-mata dalam kalangan ahli group. Malah, ramai yang terhibur dengan lelaki itu. Selain itu, dia turut berkongsi video masakan ikan cencaru masak serai dan sayur air yang mudah. Nampak sangat sedap!

abah

abah

abah

Ahli Group Yang Sporting, Silaturahim Yang Tetap Erat Dalam Kalangan Ahli

Menjengah di ruangan komen, rata-rata ahli group tersebut tampil untuk ‘memujuk’ lelaki tersebut. Seperti sebuah keluarga yang mempunyai ikatan mesra, rata-rata mereka memberi semangat.

abah

Jangan risau abah! Walaupun tiada jersey, anda tetap seorang ahli yang sangat disayangi. Bagi anda yang menghadapi situasi yang sama, jangan sedih-sedih. Jersey tak semestinya melambangkan kesetiaan dan ikatan. Yang penting hubungan yang baik dan saling menyokong satu sama lain.

Kredit: Mohd Said Mqms via Suami Masak Apa Hari Ini?

Baca Juga: “Mana Makcik Semalam Yang Sesuka Hati Cop Isteri Saya Pemalas Tu?” Isteri Pernah ‘Dikecam’, Lelaki Ini Tampil Dengan Bukti!

tags: |