Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Perbezaan Minyak Bijan Dan Minyak Gingelly Yang Ramai Tidak Tahu, Rupanya Untuk Lain Kegunaan

Ini Perbezaan Minyak Bijan Dan Minyak Gingelly Yang Ramai Tidak Tahu, Rupanya Untuk Lain Kegunaan

Kategori: ,
PERBEZAAN MINYAK BIJAN DAN MINYAK GINGELLY

Penggunaan minyak gingelly amat terkenal di kalangan masyarakat India. Selain untuk masakan harian, ianya juga digunakan untuk disapu pada bahagian rambut dan kulit kerana mempunyai banyak nutrisi dan manfaat.

Ramai yang menyangka bahawa minyak gingelly dan minyak bijan sama sahaja. Walaupun kedua-duanya adalah dari benih induk yang sama (biji bijan), cuma perbezaanya adalah kaedah pemproesan benih sebelum pengekstrakan minyak ini.

PERBEZAAN MINYAK BIJAN DAN MINYAK GINGELLY

Perbezaan Minyak Bijan Dan Minyak Gingelly

1. Warna kuning minyak bijan adalah disebabkan minyaknya yang telah diekstrak dari biji bijan mentah (tidak dipanggang) manakala minyak gingelly juga dari benih mentah tetapi melalui proses lain pada suhu sedikit lebih tinggi daripada proses pertama lalu menghasilkan warna batu ambar.

2. Terdapat variasi yang ketiga dari benih selain minyak bijan berwarna kuning dan gingelly iaitu minyak bijan bewarna sedikit gelap. Ianya melalui proses di mana benih bijan dipanggang dan kemudia minyak diekstrak daripadanya, menghasilkan warna coklat gelap. Minyak jenis ini banyak digunakan dalam masakan ala Cina.

Walaupun dari benih yang sama, 3 varian ini mempunyai kegunaan yang berbeza di dapur:

  • Minyak kuning atau bijan: titik asap yang tinggi, boleh digunakan untuk menggoreng dan sebagai perasa makanan.
  • Minyak amber atau Gingelly: titk asap rendah, boleh digunakan untuk menggoreng kilas.
  • Minyak bijan coklat gelap (biasa dalam masakan Cina): Titik asap yang sangat rendah, hanya untuk meningkatkan rasa, digunakan sebagai “dressing” salad.

PERBEZAAN MINYAK BIJAN DAN MINYAK GINGELLY

Walaupun kelihatan sama, tapi rupanya banyak perbezaan minyak bijan dan minyak gingelly. Namun begitu, kedua-keduanya juga bagus diamalkan.

Juga, kajian terhadap model haiwan menunjukkan bahawa minyak bijan mengandungi sesamol dan sesaminol, dua antioksidan yang mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan anda. Manakala, minyak bijan pula boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah di mana ianya baik untuk penghidap diabetes.

Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa berurut dengan minyak bijan jenis gingelly boleh membantu mengurangkan sakit lengan dan kaki.

Pastikan anda memilih minyak yang tepat dan sesuai untuk digunakan untuk memasak. Semoga info ini bermanfaat buat anda.

Kredit: Magaret Sivapragasam via MaMa

Baca Juga: Matcha Dan Teh Hijau Sama Atau Berbeza? Jangan Terkejut Dengan Fakta Menarik Yang Ramai Tak Tahu!

tags: