Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Rahsia Creamy Milk Donut Ala Korea Gebu Gebas, Memang Penuh Krim & Cair Dalam Mulut!

Ini Rahsia Creamy Milk Donut Ala Korea Gebu Gebas, Memang Penuh Krim & Cair Dalam Mulut!

Kategori: ,
creamy milk donut

Bagi yang biasa makan bomboloni, korang mesti suka akan manisan kan? Kali ini jom kita makan style lain sedikit. Kita buat creamy milk donut yang terkenal di negara Korea tu.

Resepi ini dikongsi oleh Umi Watie dan memang sangat sedap! Donut super gebu dan inti yang penuh lemak berkrim. Bayangkan masuk dalam mulut korang, memang cair habis lah.

Hias pula dengan topping kesukaan anda. Nak letak buah ke, coklat ke, terserah lah. Okay jom kita ikut perkongsian creamy milk donut ni okay!

Ini Rahsia Creamy Milk Donut Ala Korea Gebu Gebas, Memang Penuh Krim & Cair Dalam Mulut!

creamy milk donut

Bahan-Bahan:

  • 1 biji kuning telur
  • 30 gram dairy whipping cream
  • 5 gram yis
  • 50 gram gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • secubit garam
  • 300 gram tepung roti
  • 120 garam susu segar
  • 30 gram mentega

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan bahan dalam bread maker. Whipping cream tu rahsia donut kita gebu gebas. creamy milk donut
  2. Masukkan tepung roti dan susu segar. On kan bread maker anda. Set kan pada uli ya. creamy milk donut
  3. Bila nampak adunan kasar sudah terbentuk, masukkan 30 gram mentega ya. creamy milk donut
  4. Adunan yang dah siap diuli. Kita biarkan dia kembang 2 kali lipat.
  5. Tengok adunann dan naik gebu seperti dalam gambar. Ini lebih kurang 1 jam ya.
  6. Buangkan angin dalam adunan tadi. Dah kempis balik.
  7. Kemudian, bahagikan mengikut berat yang diinginkan. Saya buat setiap doh berat 25 gram. Dan dapat hampir 20 ketul.
  8. Kemudian, bulat-bulatkan dan rehatkan doh selama 15 minit.
  9. Panaskan api. Goreng dalam minyakk yang oanas tapi api kecil ya. creamy milk donut
  10. Apabila digoreng, jika donut bergelang seperti dalam gambar, iini salah satu tanda donut kita gebu tau. Angkat dan toskan.

Bahan-Bahan Inti:

  • 300 gram gula*
  • secubit garam*
  • 10 gram tepung jagung*
  • 300 gram susu segar*
  • 100 gram non dairy whipping cream

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan bahan bertanda * dalam periuk. Hidupkan api ya.
  2. Kacau adunan atas api yang kecil sampaii pekat. Bila adunan timbul buih-buih kecil, itu adunan dah mula memekat. Matikan api ya. Sejukkan. creamy milk donut
  3. Di dalam bekas lain, pukul non dairy whipping cream sampai kental.
  4. Masukkan adunan kastard susu tadi. Kacau sebati, inti dah ready.

Cara Hidangkkan Donut:

  • Belah 2 donut tapi jangan sampai putus ya. Bubuh inti di tengah seperti dalam gambar. Hiaskan dengan hiasan piilihan. Kosong giini pun dah sedap saangat dah. creamy milk donutcreamy milk donut

Boleh lah buat creamy milk donut ni untuk sebarang majlis kan! Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Umi Watie

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Pes Tom Yam Sedap & Pekat, Tahan Lebih Kurang Sebulan

tags: | |