Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini ‘Rahsia’ Untuk Dapat Kulit Karipap Yang Rangup, Boleh Cuba Dengan Macam-Macam Inti Tetap Sedap

Ini ‘Rahsia’ Untuk Dapat Kulit Karipap Yang Rangup, Boleh Cuba Dengan Macam-Macam Inti Tetap Sedap

Kategori: ,
kulit karipap

Karipap memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Setiap peniaga mempunyai cara unik mereka tersendiri untuk menyediakannya.

Di sini kami ingin berkongsi cara Zainor Shima Ihsan menyediakan kulit karipap yang rangup, boleh letak macam-macam inti dan dijadikan karipap frozen. Mudah sahaja, jom baca untuk ketahui caranya.

Ini ‘Rahsia’ Untuk Dapat Kulit Karipap Yang Rangup, Boleh Cuba Dengan Macam-Macam Inti Tetap Sedap

Bahan-bahan

  • 1 kg tepung gandum – guna jenama ini
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 camb marjerin atau shortening (lemak sayuran)
  • 1 camb garam
  • 450 ml air ais batu (lebih kurang 1 mug air lebih sikit)

Cara-caranya

  1. Satukan tepung beras, tepung gandum dan marjerin. Gaul semua hingga menjadi serbuk roti.
  2. Kemudian, tambahkan minyak masak. Uli sekali lagi sehingga cantik.
  3. Larutkan garam dalam air dan masukkan dalam adunan tepung, uli sampai jadi doh. Simpan dalam peti ais selama 10 minit.
  4. Canai mnipis untuk dapatkan kulit rangup dan isi inti karipap. Guna acuan karipap atau klim tangan. Ikut kreativiti masing-masing. kulit karipapkulit karipap
  5. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng terbalikkan sahaja supaya karipap tidak terlalu serap minyak. kulit karipap
  6. Angkat bila keperangan dan sedia untuk dihidangkan.kulit karipap

Penggemar karipap boleh lah cuba cara wanita ini menyediakan kulit karipap yang rangup, tentu sedap! Nampak pun ringkas sahaja, boleh buat untuk minum petang nanti.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan pada kawan-kawan anda.

Kredit: Zainor Shima Ihsan

Baca Juga: Resepi Paratha Nutella Air Fryer, Cara Paling Senang Dengan Rasa Paling Sedap!

tags: | |